The Myopia Condition – Event Horizon [Full Length, 2020]
Sebagaimana yang kita tahu, genre Metalcore hari ini adalah drastically different daripada zaman gemilangnya. Band-band Metalcore sama ada sudah berubah sound secara drastik atau berpecah (ni band-band lama la) atau merojakkan approach mereka dengan pelbagai genre, seperti yang cuba dibuat The Myopia Condition melalui album ‘Event Horizon’ yang menampilkan stail Metalcore bercampur-baur Technical Death Metal, Groove Metal dan sedikit Djent.
Mendengar album ini sekali lalu dah cukup untuk faham yang The Myopia Condition meletakkan effort secukupnya untuk ‘Event Horizon’, melalui kemampuan mereka menjalin Metalcore dengan sub-genre lain tanpa terasa awkward. Satu lagi saya menyedari mereka seperti sedaya-upaya untuk tidak berbunyi band-band Metalcore perdana di zaman kegemilangan (seperti TDWP, Attack Attack!, mahupun Asking Alexandria), justeru menyelamatkan mereka daripada dituduh rehash idea lama. Malah saya menghargai tendency mereka untuk berjinak-jinak dengan stail Tech Death, menjadikan ‘Event Horizon’ bolehlah dikatakan chaotic, violent dan catchy sekalipun masih ada traces Metalcore yang kita semua tahu (percussive breakdown, riffing dipinjam Swedeath to some extent).
‘Event Horizon’ menghidangkan approach Metalcore yang dikemaskinikan untuk era baharu, yang pada saya berpotensi untuk menarik perhatian generasi baharu. Memang obvious gaya mereka agak detached daripada Metalcore era mid 2000 baik imej mahupun sound, namun jika ini adalah wajah era baru Metalcore (yang ballsy, I gotta say), mereka mungkin boleh selamatkan genre ini daripada terus stale. KIta tak perlukan another carbon copy, kan? Saya fikir mereka mempunyai idea yang boleh tahan namun boleh diperbaiki lagi di keluaran akan datang, terutamanya dalam menulis riff-riff yang lebih catchy.
Event Horizon kini terdapat dalam format muat turun digital.
FFO: Oh Sleeper, Beyond Creation, As I Lay Dying