The Death of Analog Psycho #2 (2014)

1

Pada awalnya, gua seakan tidak mahu menulis pasal kompilasi ini memandangkan gua turut terlibat dalam kompilasi ini. Bila memikirkan misi awal DtE adalah promot band2 serta material tempatan (priority nya) so gua rasa ada baek nya gua menulis juga review berkenaan kompilasi ini. Ok, The Death of Analog Psycho #2 (2014) merupakan susulan kepada kejayaan The Death of Analog Psycho (2013). Masih mengekalkan format kaset untuk kompilasi ini, The Death of Analog Psycho #2 (2014) sekali lagi memuatkan band2 dari segenap pelusuk dunia. Walaupun dikhabarkan pengeluaran kaset ini melalui beberapa kemelut antara dua label utama kompilasi ini iaitu Faithcraft Productions dan Nusantarajim Productions, namun pada Ogos 2014 The Death of Analog Psycho #2 (2014) tetap muncul dan gua rasa kompilasi kali ini ada kekuatannya tersendiri berbanding keluaran pertama tahun lepas.

Artwork oleh Faithcraft Productions

Tracklist :
Side Craft :
1 – Grey Skies Fallen – End of My Rope
2 – Warmachine – Northern Chaosmaker
3 – Panychida – Don’t Tell Lies to Children
4 – Heretical – Lvzifer Demansqve
5 – Au Revoir – Menafi Kematian
6 – Naraka – Great Karma for the Maleficence
7 – High Voltage – Indonesia Central Terrorist
8 – Sial – Busuk Hati
9 – Psychotic Sufferance – Penindas Berlesen
Side Rajim
1 – Shambles – Rosarium
2 – Purge the Arbitrator – Disengaged Thy Fear
3 – Neftaraka – Lustk
4 – Cultristic – Crusher
5 – Goatlusting Chaos – Thy Soul for Iblyssii
6 – Kolbenfaust – Tomb of the Lost Disciple
7 – Infernal Execrator – Singatheos Rejimentum Mastema
8 – Purgation – Uncanny Obsession

The Death of Analog Psycho #2 (2014) menampilkan 17 buah band dari serata pelusuk dunia. Antaranya Grey Skies Fallen (USA), Warmachine (Malaysia), Panychida (Republik Czech), Heretical (Itali), Au Revoir (Malaysia), Naraka (Thailand), High Voltage (Indonesia), Sial (Malaysia), Psychotic Sufferance (Malaysia), Shambles (Thailand), Purge the Arbitrator (Malaysia), Neftaraka (Malaysia), Cultristic (Malaysia), Goatlusting Chaos (Malaysia), Kolbenfaust (Malaysia), Infernal Execrator (Singapore), Purgation (India).

Pada gua, antara perkara menarik berkenaan kompilasi ini rata2 band terlibat menghasilkan rakaman profesional. Mungkin hanya Psychotic Sufferance yang menyertakan track paling raw yang juga boleh jadi dihasilkan semasa sesi rehearsal. Boleh jadi ini memang trademark Psychotic Sufferance sendiri yang memang membawa konsep sebegitu. Yang lain2 menampakkan keupayaan bersungguh2 menghasilkan sound produksi seprofesional yang mungkin.

Selain itu gua juga teruja dengan beberapa track dari band yang gua kira pertama kali menusuk gegendang telinga gua. Antara nya Grey Skies Fallen (USA) dengan track bertajuk End of My Rope. Sebuah track yang begitu solid penangan Doom Death Metal nya. Begitu juga dengan band dari Republik Czech iaitu Panychida dengan konsep Melodic Metal yang lebih menjurus kepada Pagan Metal. Sial dari Malaysia juga menarik untuk dikaji music nya. Dan Neftaraka yang menampilkan track bertajuk Lustk yang sudah boleh mengejutkan Marduk dengan kepantasan dan kelajuan yang dihasilkan mereka.

Grey Skies Fallen

Panychida

Neftaraka


Sial

Ok, itu sahaja untuk review kompilasi ini. The Death of Analog Psycho #2 (2014) boleh diperolehi dengan harga RM16 by post dengan menghubungi Faithcraft Productions melalui link2 yang kami sertakan dibawah. Semoga akan muncul lagi The Death of Analog Psycho siri ke 3,4,5,6,7,8,9 sehingga xlarat nak kira.. hahahaha

Faithcraft Productions
Email
Blogspot
Facebook

1 thought on “The Death of Analog Psycho #2 (2014)

  1. bagi pencinta kaset wajib beli kaset ni, support.. menghiburkan, sampai skg masih dalam carta teratas playlis harian ku… aaaaaarghhh!!! harap2 dapat bertemu lagi dgn analog 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 hingga akhir…salute bro raimi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected