Lamia – Emperor of the Northern Goat (Demo 1994)

0

Lamia merupakan sebuah band dari Taiping, Perak. Merupakan antara band beraliran gelap yang yang menghasilkan 2 buah demo pada tahun yang sama iaitu Emperor of the Northern Goat dan Dark Invoke Circles Rehearsal. Mereka antara nama2 seangkatan band2 yang menempa nama di Perak ketika itu selain 2 nama besar Hayagriva dan Purnamwulan. Lamia dianggtai oleh Meme (Vocal), Akmal (Gitar), Non (Bass) dan Meor (Drums). Ok, gua akan review secara ringkas demo pertama mereka iaitu Emperor of the Northern Goat.

Lamia – Emperor of the Northern Goat (Demo 1994)

Tracklist :
1 – Intro : Summoning The Moon
2 – Influenza Sacrophagus Adore
3 – Unholy Fire OF Omenatic
4 – Predominant Of Ancient Northern Soul
5 – Evoke The Inimical Enki
6 – Outro (The Ritual)

Emperor of the Northern Goat (Demo 1994) telah dirakam di Camy’s Music, Taiping Perak. Juga merupakan antara studio yang telah menjadi saksi rakaman demo2 awal band2 lagenda tanahair seperti Brain Dead.

Secara keseluruhan sound produksi demo tape ini sepatutnya antara yang perlu dibanggakan. Ini kerana rakaman agak jelas untuk tahap tahun2 zaman awal ini. Gua beranggapan demo ini dihasilkan menggunakan kaedah rakaman track by track memandangkan kesan bunyi stereo yang jelas di kiri kanan speaker.

Selain dari mutu rakaman, gua juga beranggapan pengaruh music Lamia lebih kearah Black Metal yang punya bau2 Metal dari Greece. Ada juga info mengatakan Lamia antara band awal yang punya pengaruh Rotting Christ. Ya walaupun agak kelam tahap kegelapan demo tape ini namun masih dapat dihidu pengaruh Rotting Christ, Thou Art Lord, Varathron melalui melodi2 yang dihasilkan.

Ok, tidak banyak link untuk mengimbas kembali berkenaan band ini. Kami sekadar menyertakan link dari metal-archieve untuk mengetahui serba sedikit berkenaan Lamia dan hanya di DtE, kami kongsikan sebuah track yang diambil dari demo tape ini untuk mengenal bagaimana music ciptaan Lamia.

Lamia – Unholy Fire of Omenatic


Metal Archives

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected