The Committee – Memorandum Occultus (2017)

0

The Committee merupakan satu kolabrasi antarabangsa namun dinyatakan band ini berlokasi di Belgium. Ditubuhkan sekitar 2007 sebagai one men band, The Committee yang membawa genre Atmospheric Black Metal ini telah menghasilkan sebuah EP pada 2013 bertajuk Holodomor dan setahun kemudian album penuh pertama Power Through Unity telah dilahirkan dibawah label dari Germany iaitu Folter Records. Terkini pada 25 February 2017, album penuh kedua bertajuk Memorandum Occultus akan dikeluarkan dan masih dibawah seliaan Folter Records.

Igor Mortis (Guitar/Vocals), William Auruman (Drums/Percussion), Aristo Crassade (Guitar/Vocals),
Marc Abre (Bass), Urok (Keyboards), Navigator (Guest Vocals)
* Special members for “Memorandum Occultus”
Chris (Vocals), B (Vocals), Glad (Vocals)

Artwork oleh Hereby The Committee
Tracklist :

1 – Dead Diplomacy – Weapons of War
2 – Synthetic, Organic Gods – Weapons of Genocide
3 – Golden Chains – Weapons of Finance
4 – Treacherous Teachings – Weapons of Religion
5 – Flexible Facts – Weapons of History and Chronology
6 – Intelligent Insanity – Weapons of Methodology and Duality

Seperti material2 terdahulu, Memorandum Occultus juga mendendangkan track2 yang berdurasi panjang iaitu 7 minit dan keatas untuk setiap track. 

Pada gua Memorandum Occultus adalah satu karya yang menarik dimana ianya menceritakan berkenaan perjalanan sistem kehancuran yang melalui dunia tipu daya, skim pembohongan, manipulasi, penderitaan sehingga kepada pembunuhan beramai-ramai. Dinyatakan juga apa yang cuba disampaikan adalah sesuatu yang disebalik tabir kepada pandangan “realiti biasa” yang hanya dilihat pada mata kasar contohnya seperti perhambaan dan pembunuhan beramai-ramai kesan dari sistem kejam yang lebih kepada self-feeding system of “destructured control” yang akan berlarutan berabad-abad.

Dari segi sound produksi, hasil akhir adalah memuaskan walaupun mungkin ianya boleh di upgrade lagi tetapi memadai apa yang dihasilkan untuk music genre sebegini. Technically, music The Committee penuh emosi, punya jiwa dan ternyata mereka tahu dan sedia faham apa yang diperlukan dalam penghasilan music dan trademark The Committee. Pengaruh Doom Metal yang dipegang ketika mula kewujudan masih kekal walaupun di blend bersama pengaruh Black Metal. Riffing, strok drum dan gaya penyampaian vocal didalam Memorandum Occultus yang disatukan ternyata menghasilkan sound atmospheric yang suram, mendap dan sedikit murung.

Kepada penggemar irama Black/Doom gua sarankan agar mengikut perkembangan The Committee. Jika anda mentabsub irama seperti MGLA, sudah pasti anda dapat menerima Memorandum Occultus. Ok sebelum menutup review ini, The Committee juga merupakan antara band beraliran gelap yang membawa imej seperti apa yang dilakukan MGLA iaitu bemakai serkup muka serba hitam.

Kenali The Committee melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawa promo video yang dilancarkan baru2 ini. Juga jika berminat mendapatkan material2 mereka, sila hubungi band secara terus atau melalui Folter Records.

The Committee – Synthetic, Organic Gods – Weapons of Genocide

The Committee
Email
Official Website
Facebook

Folter Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected