The Bollocks / Tools of the Trade – Split Tape (2017)

0

The Bollocks dan Tools of the Trade merupakan dua nama yang membawa dua rencah music berbeza namun berada dalam etika dan attitude music yang sama. The Bollocks yang menjurus ke arah Punk/Hardcore manakala Tools of the Trade boleh dikira sebagai raja Grindcore negara setakat ini. Split tape yang membariskan dua buah band ini adalah usaha sebuah label bawah tanah iaitu Tandang Records.

Tracklist :
The Bollocks
1 – Horror Night
2 – World Convulse / Retribution : The Unpleasant Gathering
Tools of the Trade
1 – Lies Upon The Crown
2 – Paranoia
3 – Macabre

Kesemua track melalui proses rakaman di Green House Studio, Kuala Lumpur sekitar Ogos 2017 oleh The Bollocks dan November 2016 oleh Tools of the Trade. Tom Bollocks bertanggungjawap dalam hal ehwal engineering, mix dan mastering untuk kedua2 band.

Adik (Vocals/Bass), Jun (Drums), Tom (Guitars/Vocals)

Horror Night adalah antara track terkini dari The Bollocks. Track yang rancak, agak Thrash walaupun masih kental root Punk nya. paling menarik hentakkan twin pedal yang agak mendominasi beberapa part untuk track ini.

World Convulse masih berada dalam mood dan feel yang sama seperti track pertama. Track ini disambung dengan Retribution : The Unpleasant Gathering yang pada gua adalah feel outro penutup kepada 2 track The Bollocks didalam split tape ini.

The Bollocks

Tiong (Guitars), Emi (Vocals), Fit (Drums)

Agak banyak split EP yang dihasilkan Tools of the Trade dan gua agak tak pasti adakah ini rakaman pertama Fit sebagai drummer kepada TOTT. Yang pasti ketukan drum beliau masih berbisa seperti mana beliau bersama band terdahulu yang beliau anggotai. Ternyata tiga track dari TOTT masih bingit, laju dan penuh groove.
Gabungan jeritan dari Tiong dan growl dari Emi ternyata menarik untuk track2 terkini dari TOTT. Lies Upon The Crown, Paranoia dan Macabre benar2 gila! Untuk 3 track berdurasi pendek dan pantas ini jelas Emi mendominasi mikrofon berbanding Tiong. 3 track gua rasa x cukup sebenarnya.. hahahaha.. Dan tiga2 track ini memang gila! Oh.. sebelum terlupa, perlu gua bagitau Fit yang menggalas tugasan sebagai drummer ToTT adalah bekas drummer Wormrot!
Tools of the Trade boleh dikenali melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah.
Tools of the Trade
The Bollocks / Tools of the Trade – Split Tape (2017) boleh diperolehi dengan harga RM12 by hand. Untuk pembelian secara pos, sila berhubung dengan Tandang Records (melalui laman sesawang yang disediakan dibawah). Gua rasa untuk release sebegini ianya adalah dalam kuantiti terhad. So sila bertindak segera untuk merasakan gegaran dari 2 tenaga penuh adrenalin yang semakin hari semakin menjadi rencah music ciptaan mereka ini. Go!!!
Tandang Records

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected