Tasyim – 24th Chants of Sin & Mythical Divination (EP2018)

0

Tasyim antara band yang kental dengan Death Metal acuan ketimuran yang menjurus kepada elemen Occultus dan Mysticism. Band ini agak lama tidak mengaktifkan diri sejak demo Descendants Ritual (2001) walaupun mereka antara band2 awal yang wujud sekitar awal 90an. Muncul tiba2 didalam kompilasi Grandeur of the East dengan track “The Cried.. The Tears..” dibawah Celestial Frequency, kini pada suku pertama 2018 Tasyim muncul dengan hasil terbaru berjudul 24th Chants of Sin & Mythical Divination (EP2018). Released ini berada dibawah naungan Moondusk Productions sempena sebuah gig hebat The Gathering bersama Langsuir, Cryptic Malediction, Nebiras dan Necrotic Chaos.

Faizal Razak (Bass), Azli Suhaimi (Drums), Aad Fawzi (Vocals/Guitars), Amin Fawzi (Vocals/Guitars)
Cover artwork oleh Jan Fishmonger
Logo oleh Art for Hatred
Inlay design oleh Azrin

Tracklist :

1 – Tasyim
2 – Chanting Breadth of Sins
3 – Rain Dwells in Pain
4 – Theatrical of Symbolization (Nagileum Cover)
5 – The Cried… The Tears…

24th Chants of Sin & Mythical Divination (EP2018) melalui proses rakaman di Galaxie Entertainment, Kuantan Pahang sekitar January 2017. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Amin dan Galaxie.

Untuk 5 buah track dengan total durasi melebihi 31 minit mengesahkan Tasyim adalah band yang mampu menghasilkan dan memainkan track2 yang panjang sekitar 5 minit dan keatas. Seperkara menarik berkenaan EP ini ialah, keseluruhan track berada didalam trademark tersendiri dimana ianya kadangkala kedengaran seakan Black dan kadangkala Death Metal. Ianya disulam dengan melodi2 yang berjaya mencorakkan suasana ketimuran ditambah dengan penggunaan lirik dengan campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Penyampaian oleh Tasyim didalam EP ini cukup menarik dan nampak seakan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi impak kepada pendengar melalui EP terbaru ini. Kepada mereka yang mengidam buah tangan terbaru dari Langsuir untuk album yang sedang diusahakan yang menjurus kearah Eastern Death Metal, gua sarankan dapatkan dahulu CD ini untuk mengubat kerinduan anda pada sound2 eastern.

Dari segi sound produksi, EP ini boleh dikatogerikan sebagai release terbaek dari Tasyim setakat ini jika dibandingkan dengan release2 terdahulu. Kerjatangan yang harus dipuji oleh sound engineer dalam proses mix dan mastering. Ini adalah rakaman yang cukup bersih, bright dan punya kualiti yang padu!

Tasyim – Live at The Gathering Gig

24th Chants of Sin & Mythical Divination (EP2018) boleh dibeli dengan harga RM20 by hand. Sila berhubung dengan band atau Moondusk Production untuk copy anda. Ini produk Death Metal yang penuh unsur ketimuran. Dan gua berharap Tasyim bakal muncul dengan full length pula selepas ini memandangkan secara ikhlasnya, gua dapat rasakan mereka sudah bersedia dari segi trademark music dan kemampuan menghasilkan music direction mereka tersendiri.

Tasyim
Email
Facebook

Moondusk Production
Email
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected