Swampborn – Beyond Ratio [Full Length, 2022]

0

Akan ada masa saya menerima keluaran Metal yang defy segala conventional expectation. Jenis album, EP atau demo yang membuat saya mempersoal knowledge dan kefahaman tentang muzik ini yang saya dengar bertahun-tahun. Contohnya seperti album sulung unit Avantgarde/Post-Black Metal Rusia iaitu Swampborn.  Album berjudul Beyond Ratio ini dikeluarkan melalui Hypnotic Dirge Records. Saya menggunakan istilah Avantgarde (I’m using it lightly) kerana muzik yang dijamukan seperti membuat rojak; potong bahan-bahan berbeza, rearrange dan digaul mesra dengan sos secukup rasa but still came out good.

Beyond Ratio mendendangkan alunan Black Metal bersalut Death Metal yang intense, kadang-kadang arrangementnya cenderung kepada Post-Black Metal terutamanya dari segi atmosphere ditampilkan. Namun apa yang membuatkannya outstanding adalah penggunaan brass instruments seperti trumpet, saxophone selain string intruments seperti cello dan biola malahan akordion. Elemen sebegini membuatkan Beyond Ratio, uhhh to put it easily, a beautiful mess in a good way. Saya tak boleh menjangka langsung dinamik album ini yang kadang-kala macam Metal yang contemporary, sekejap lagi jadi Jazzy dan dramatik, kejap spiralling into nothingness… It’s intriguing but also confusing yang buat saya nak jadi marah tapi excited pada masa sama. Sesuai dengan stailnya yang pelik, Beyond Ratio membawakan tema metaphysical dan existential. Heavy stuff!

Ia adalah album yang panjang, obviously with all the avantgarde stuff dan violent playing yang memakan 56 minit. Saya agak penat mendengar namun setiap kali trek-trek dalam album ni membelok ke arah eksperimen/avantgarde, saya jadi interested semula. I could say the album toyed with my emotions so many times lol. But anyway, it’s a pretty solid full length debut. Saya hanya merasakan durasinya panjang sahaja. Other than that, it’s a solid and mindblowing effort.

Beyond Ratio kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Imperial Triumphant, Deathspell Omega, Arcturus, Solefald, Amesoeurs, A Forest of Stars

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected