Surtur – Descendant of Time (EP 2015)

0

Gua diberi copy band dari Dhaka, Bangladesh namun bernaung di bawah label tempatan dari utara tanahair iaitu Faithcraft Productions. Sebagai introduksi Surtur telah dilahirkan kembali pada 2012 dengan Shadman Omee (guitarist) sebagai mastermind sebelum Rifat Rafi (drums) membuatkan kombinasi ini lantas merekrut Riasat Azmi untuk posisi vocalist dan Masnun Efaz di posisi bass. 4 pemuda ini mula menghangatkan pentas2 gig dan terkini sebuah EP bertajuk Descendant of Time telah dikeluarkan lantas di lamar Faithcraft Productions dari Malaysia. Meletakkan Thrash Metal sebagai genre bawaan mereka gua merasakan ini bukan calang2 punya Thrash Metal kerana apa yg di hidangkan adalah sesuatu yg lebih dari apa yg selalu kita dengar dari lagu2 Thrash Metal dulu hingga sekarang.

 Surtur (line up 2015)
Artwork oleh Safwan Hossain
Tracklist :
1 – Prologue to Chaos (Intro)
2 – Descendant of Time
3 – Maggot Filled Brain
4 – Demolisher

Melalui laman facebook mereka, Descendant of Time (EP 2015) telah menjalani proses rakaman di Sonic Occult Productions bertempat di Dhaka, Bangladesh. Tidak dinyatakan sebarang info berkenaan rakaman di dalam pakej CD.

Di mulakan dengan intro Prologue to Chaos yg merupakan permainan gitar tanpa distortion di samping sedikit sound sample sebagai latar belum mampu membuatkan gua meneka apa yg menyebabkan Faithcraft Productions begitu beriya menambat Surtur untuk rilisan EP ini.

Descendant of Time merupakan track pertama yg dipertaruhkan Surtur. Arghhhhh gua dah dapat jawapan kenapa pemilik Faithcraft Prods sanggup meriliskan EP ini. Ya mungkin Thrash Metal adalah asas kepada music ciptaan Surtur namun apa yg didistortionkan adalah sesuatu yg sangat mengagumkan. Terkejut dan teruja dengan pemuzik Bangladesh ini dari apa yg dihasilkan. Permainan instrument yg padat, sendat dan kental. Gua agak teruja dengan guitarwork didalam track ini. Tidak salah jika gua kata ia boleh saja jika mahu menjadi Necrophagist.. haha.. namun groove dan hook track ini memang boleh bikin crowd tak senang duduk jika dibawa secara live. Dari segala segi nampak kesemua line up memberikan yg terbaek untuk track gila ini.

Maggot Filled Brain mungkin tidak seganas Descendant of Time. Bermula dengan broken chord sebelum riffing berlatar Thrash Metal dihidangkan. Flow untuk track ini mungkin agak mendatar namun gua teliti riffingnya bukan biasa2 juga. Vocalist masih memberi persembahan yg hebat dari segi penyampaiannya.

Demolisher yg merupakan track terakhir gua rasa paling menggila walaupun bermula dengan mood yg biasa sahaja. Ok itu intro sahaja.. masuk part verse memang ribut gila!!! Riffing, drum, vocal menyerang tanpa memberi ruang kosong. Ini bukan tipikal Thrash Metal. Permainan yg laju, solo berteknikal, drum fully attack dan lontaran vocal yg tidak pernah turun langsung tahap performance nya. Kesimpulan untuk track ini ia adalah ribut! Tamat tanpa sebarang tanda!

Ok, secara keseluruhan gua rasakan Surtur adalah band yg berbakat. 3 buah lagu (gua tolak intro instrumental yg awal) yg terkandung didalam EP ini membuktikan apa yg dihasilkan adalah terbaek dan berkualiti. Datang dari Bangladesh adalah satu faktor yg buat gua benar2 teruja dan terkejut dengan apa yg dihasilkan melalui CD ini. Mereka membawakan sesuatu yg lebih dari apa yg sepatutnya terkandung didalam definisi Thrash Metal am nya.

Kualiti production juga sesuatu yg membanggakan. Malaysia patut punya tenaga profesional dalam hal ehwal rakaman yg lebih bagus jika dilihat kemampuan kualiti rakaman EP ini. Ya pasti ada dan harapnya adalah juga hasil gila sebegini hendaknya.

Ok, Descendant of Time edisi terhad berformat pocket CD ini boleh diperolehi dengan harga RM16 melalui pembelian secara pos dengan menghubungi Faithcraft Productions. Kepada penggemar Thrash Metal yg inginkan aksi liar ini adalah jawapan kepada keboringan anda. Mungkin juga organizer KL Thrashed boleh berkira2 untuk membawa Surtur ke Malaysia jika tiada lagi usaha menjahanamkan temasya tahunan Thrash Metal tempatan seperti yg berlaku 2015.

Last word, untuk adrenalin yang lebih, sila fullblast tahap level volume player anda!!!!


Surtur
Email
Facebook

Faithcraft Productions
Email
Blog
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected