Sufism – Republik Rakyat Jelata [Full Length, 2020]

0

Ada sebab mengapa scene Metal Indonesia lebih advanced berbanding negara kita. Selain daripada jumlah populasi dan scene yang sangat besar, scene Indonesia juga aktif dan agresif dalam penghasilan material. Bukan setakat itu juga, material yang dihasilkan juga berkualiti setanding band-band antarabangsa, lantas menghadirkan rasa hormat dan admiration daripada scene luar sana. Saya percaya scene kita pun boleh sehebat mereka, kalau kita push ke direction yang betul.

Anyway, Sufism, unit Brutal Death Metal Indonesia baharu sahaja mengeluarkan album sulung mereka pada 13 Disember 2020 melalui Brutal Mind yang berjudul ‘Republik Rakyat Jelata’. 10 trek Brutal Death Metal yang excellently executed dengan kegarangan yang tak bagi muka. Dengan riff-riff berat yang catchy berpesta blastbeat di sana-sini di samping vokal yang monstrous, amat mudah untuk pendengar jadi asyik hayun kepala dan terasa nak buat Mullen Chop (sila google!). Kedengaran pengaruh Jasad, Disgorge, Devourment dan Suffocation diperagakan dengan tone snare yang ringy, permainan gitar yang hammering dan vokal cookie monster yang ada masa faham, ada masa berterabur tak jelas. Sufism menghidangkan Brutal Death Metal yang dikenali dunia; keras, ribut dan percussive dan ini adalah sebab banyak band seperti mereka diminati peminat seberang laut. 

Sufism tidak mempunyai tujuan lain kecuali menjadi seganas mungkin seakan jackhammer yang menggerudi kepala hingga berkecai dengan spot-on performance yang buat anda rasa nak terpelanting daripada kerusi. Saya menyukai kualiti rakaman yang padat untuk standard Death Metal yang kebanyakannya menonjolkan gitar dan dram ke hadapan mix. Saya merasakan Sufism layak dinobatkan sebagai antara album terbaik 2020, malang sekali keluar dekat hujung Disember, penyudahnya terlepaslah! Dengarkan Republik Rakyat Jelata jika anda inginkan kepuasan maksimum Indonesian Brutal Death Metal. Urghhh!

Republik Rakyat Jelata kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Jasad, Disgorge, Suffocation, Devourment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *