Stench of Profit – Human Discount (EP2019)

0

Stench of Profit adalah trio dari Italy yang membawa genre grindcore dimana penubuhan band ini bermula sekitar March 2014. Setahun selepas penubuhan Stench of Profit menghasilkan sebuah demo bertajuk 21 Ways to Say Fuck dimana demo ini mengenengahkan 21 buah track pantas dan dikeluarkan oleh mereka sendiri. Dua tahun kemudian sebuah split CD bersama Mindful of Pripyat bertajuk New Doomsday Orchestration telah dihasilkan dan dikeluarkan dibawah label Everlasting Spew Records. Terkini Stench of Profit menghasilkan sebuah material bertajuk Human Discount (EP2019) dimana kali ini menyaksikan Lethal Scissor Records (Italy) bertindak sebagai label yang bertanggungjawap mengeluarkan EP ini. Disamping penghasilan EP ini, pihak Lethal Scissor records juga mengumumkan debut full length Stench of Profit sudah berada dalam jadual yang akan menemui pendengar sekitar awal 2020 nanti.

Giovanni (Drums), Lory (Guitar & Vocals), Maurizio (Vocals & Guttural Noises)
Stench Of Profit – Human Discount (EP2019)
Tracklist :
1 – Leaches
2 – What’s Left
3 – Every Little Piece
4 – Brains on Sale

4 buah track dengan total durasi 7 minit adalah satu terjemahan yang pasti tidak memuaskan hati pendengar. dan ini adalah mukadimah sebelum debut full length yang dijadualkan sekitar 2020 bakal menjengah. Grindcore perisa ala2 Nasum, Phobia, Brutal Truth (nama band ini adalah antara tajuk lagu dari Brutal Truth) ini rasanya sangat menakjubkan dengan bedilan tanpa kasihan, straight forward dan komposisi yang menggila.

Disertakan diatas adalah preview 4 tracks terkandung didalam EP ini. Bagaimana pendapat anda selaku penggemar irama pantas Grindcore? Pasti kelahiran album penuh yang bakal menjengah tahun hadapan menjadi satu penantian.

Ok, dari segi teknikal, berdasarkan 4 buah tracks ini, memang boleh dikatakan Human Discount (EP2019) adalah sebuah masterpiece terbaek dari Stench of Profit selaku band yang sedang menapak untuk dikenali music nya dipersada music grindcore. Punya perisa dan ramuan yang cukup padat dengan elemen2 yang wajib ada dalam grindcore, dilihat kesemua line up cukup memberi komitmen yang padu dalam penghasilan setiap lagu. Juga perlu dinyatakan pemain gitar wanita iaitu Lory merupakan frontwomen kepada band Death Metal bernama Psychotomy dan punya cara ada cukup mengenali apa itu intipati untuk music keras sebegini. Grind gila babi dari Giovanni yang menyertai Stench of Profit sejak 2016 membuatkan grindcore buatan Stench of Profit cukup sifat dan mengiurkan. hahaha.. Vocal dari Maurizio ternyata menarik dengan pembawaan vocal growl dan scream secukup rasa.

Human Discount (EP2019) boleh diperolehi dengan pembelian secara terus dengan Lethal Scissors Records melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah.

Stench of Profit
Email
Facebook
Bandcamp

Lethal Scissor Records
Email
Official Website
Facebook
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected