Mahmud Attack – Tunggang Langgang (Demo 2018)

0

Ipoh sememangnya antara bandar yang sentiasa melahirkan bakat2 dan band yang happening! Tidak kira dibawah bendera Ipoh Metal Militant atau indie (zaman kegemilangan Bodysurf Studio) sehingga kini, banyak band2 baru yang bikin impak dalam gerakan music bawahtanah. Gua kira Mahmud Attack adalah “tarikan” terbaru dalam gerakan music keras Ipoh selepas Bahajang yang tampil dengan kuasa energetik grindcore sebelum ini. Berpaksi kepada genre Punk/Thrashcore, dengan melabelkan music bawaan mereka sebagai Crossover, Mahmud Attack giat menghangatkan pentas2 gig serata tanahair dan pada penghujung 2018, mereka tampil dengan sebuah material berjudul Tunggang Langgang (Demo 2018).

Mahmud Attack

Mahmud Attack – Tunggang Langgang (Demo 2018)

Tracklist :

1 – Mahmud Attack
2 – Tunggang Langgang
3 – Fuck Off And Die
4 – Comrades
5 – Be On Time

Tunggang Langgang (Demo 2018) ini dikeluarkan dengan simple dan rasanya diusahakan secara DIY. Tidak dinyatakan sebarang info berkenaan line up, rakaman disertakan.

5 tracks dengan total durasi 11 minit 12 saat dengan hentaman keromo jelas menunjukkan Mahmud Attack adalah sebuah band yang tidak terlalu memperdulikan apa yang bakal berlaku di atas stage kecuali keadaan yang huru-hara, happening dan semua crowd have fun dengan apa yang mereka tampilkan.

Secara teknikal, music Crossover bawaan Mahmud Attack jelas mempertaruhkan rentak Punk + Hardcore + Thrash dan diblend bersama untuk menghasilkan kerancakkan dalam music komposisi mereka.

Kami di DtE tidak pasti adakah Tunggang Langgang (Demo 2018) ini masih boleh diperolehi atau sudah sold out. Harga jualan adalah RM5 by hand. Sila berhubung terus dengan Mahmud Attack melalui laman Facebook dan Instagram mereka. Dapatkan demo ini kerana ini mungkin anda bakal menjadi saksi permulaan langkah sebuah band yang gila2 dan bakal jadi sebutan suatu hari nanti.

Facebook
Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected