Sparrow – Peperangan (EP2012)

2

Sparrow merupakan sebuah band bergenrekan heavy metal yang dinyatakan kewujudannya pada 1995. Namun mungkin band ini seakan tidak diketahui mungkin kerana penangan definisi underground atau mungkin juga band ini melalui tempoh pertapaan yang lama sebelum muncul pada 2012 dengan sebuah EP bertajuk Peperangan. Line up band ini boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu pada 2011 ianya dianggotai oleh Narn (Vocals), Suria (Guitar), Mie (Guitar) dan Jac (Drum) manakala pada 2012 terdapat sedikit perubahan iaitu Narn (masih diposisi vocalist), Mansuria (Guitar), Pyan (Guitar), Alan (Bass) dan Jac (Drum)

Tracklist
1 – Peperangan
2 – Beringat
3 – Kenangan
4 – Kontroversi

EP Peperangan ini menjalani sesi rakaman di Necro-X (beberapa hasil rakaman dari studio ini perlu diberi perhatian – Ed) Ipoh. Menggunakan Amirgaddon (juga terlibat dalam sesi rakaman Neftaraka  – Morts) selaku sound engineer. Rakaman mengambil masa hampir 1 tahun iaitu pada 2011.

Peperangan memulakan sesi pengenalan dimana ianya merupakan sebuah track yang memperlihatkan riffing heavy metal dan dentuman drum yang berbau old skool. Sound gitar dan drum yang dihasilkan benar2 menggegarkan jiwa. Kedengaran berat ditambah nyanyian dari Narn yang bijak mengolah bahagian2 yang sepatutnya dijerit dan dibahagian mana perlu dilenggokkan melodi vokal nya. Solo gitar juga agak memukau. Drum? Memang padu dengan hentakan pedal dan hentaman snare yang punya tone yang sedap! Peperangan merupakan sebuah track panjang berdurasi hampir 7 minit. Sarat dengan riffing/rhytm dan stroke heavy metal yang boleh menggoncang otak!

Beringat menjadi track kedua dimana kali ini dari mula sahaja sudah terasa betapa beratnya sound yang dihasilkan. Track ini pada awalannya tidaklah bertempo laju namun riffing2 untuk verse agak kedengaran berat. hanya ketika pertengahan lagu tempo sedikit berubah sedikit demi sedikit menjadi semakin laju. Jika dibawa secara live mungkin ribut juga stage dengan penangan lagu ini. Pengawalan instrument yang baek dari setiap line up untuk tempo yang laju ini. Solo gitar juga menambah haru biru lagu ini. Memang kena dengan mood dan suasana lagu. 6 minit untuk sebuah track yang baek!

Kenangan merupakan sebuah track bertempo perlahan tapi ianya bukanlah sebuah ballad seperti yang selalu diselitkan didalam album bagi band2 yang membawa genre rock dan heavy metal. Rhytm guitar untuk track ini masih kedengaran berat walaupun dimainkan bersahaja. Solo juga agak mendayu untuk menjiwai lagu bertepo perlahan sebegini. Vocal? berada ditahap baek dan tidak memerlukan jeritan high pitch dan ia nya dilaksanakan dengan baek tanpa sebarang cacat cela rasanya. Ok walaupun ada sedikit meleret track ini namun ianya dapat diselamatkan kerana track ini hanya berdurasi 4 minit lebih.

Kontroversi kembali menggila dari awal. Serangan riffing old skool heavy metal dan deruan stroke drum memang bertepatan dengan mood lagu ini. Ada 1 part yang kedengaran seakan riffing Freezing Moon dari Myhem..haha jangan terkejut ya mungkin ini tidak disengajakan. Ok, tolak tepi hal itu. Boleh kata paling menarik ialah apabila tempo laju dimainkan beserta serangan twin pedal, memang agak gamat jugak hura hara lagu ini. Sesuai juga dibawa untuk persembahan live. Sebuah lagu kontroversi berdurasi 5 minit lebih.

Keseluruhan EP ini harus dibanggakan kerana sound produksi yang dihasilkan ternyata akan memuaskan gegendang telinga sesiapa yang mendengarnya. Jika sekali terbaca yang Sparrow membawakan genre heavy metal (tambahan lirik keseluruhan berbahasa Melayu), mungkin kita akan membayangkan sound2 band seperti XPDC, Amuk, Manterra dan seangkatan. Namun apa yang boleh gua rumuskan disini Sparrow memberikan sound yang ternyata berat dari segi sound produksi (harap persembahan live juga sebegini). Jika dibandingkan dengan band2 yang disebut mungkin boleh dikatakan apa yang dihasilkan Sparrow jauh lebih advance. Mungkin persamaan dari segi penulisan lirik sahaja. Seperkara lagi perlu di highlight ialah sound yang dihasilkan oleh sound engineer dan Necro-X Studio benar2 mencengkam jiwa untuk EP ini. Ini gua akui sendiri setelah mendengar pelbagai produk yang dihasilkan dari studio ini. Mungkin Necro-X boleh dirujuk sebagai sebuah studio rakaman terkini untuk band2 yang mahukan sound yang warm dan lazat!

Peperangan EP 2012 boleh didapati dengan harga RM10 by hand dan RM15 by post. Disertakan dengan percuma stiker kereta untuk setiap copy yang dibeli. Dimaklumkan CD ini dihasilkan dalam stok yang agak limited dan dalam masa seminggu sahaja ianya telah terjual sebanyak 120 unit. So apa lagi yang anda tunggu? Melepas kang.. haha

Setakat ini Sparrow hanya boleh dihubungi melalui laman facebook mereka. Segala urusan mungkin boleh berhubung dengan Sparrow menggunakan link yang kami sediakan dibawah ini. Terima Kasih!!!

2 thoughts on “Sparrow – Peperangan (EP2012)

  1. kalau Sparrow dapat wujudkan akaun reverbnation pun bagus. kadang2 ada pembaca DtE yang rekues kami sertakan preview song atau dari youtube untuk diorg kenal bagaimana music band itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *