Sick Society – Scripture of Defiance (2018)
Sick Society bukanlah 1 nama baru dikalangan penggemar Death Metal tempatan. Music mereka merangkap diantara Death Metal + Brutal Death + Gore + Slamming. Ditubuhkan sekitar 1998, mereka telah menghasilkan beberapa release berbentuk demo, single juga terlibat didalam kompilasi tempatan. Selain itu Sick Society juga pernah menggegarkan bumi Indonesia dalam beberapa tour berskala kecil. Terkini dibawah label Grundar Productions, Scripture of Defiance (2018) menjadi pembuka kepada tahun 2018 apabila ianya release secara rasmi pada 1 January 2018.
Scripture of Defiance (2018) melalui proses rakaman di dua buah studio berbeza. track drums, gitar dan vocal dirakam di Quantize Studio, Pandan Indah oleh Abd X Azim. Manakala rakaman tambahan untuk gitar dan bass di lakukan di Brutal Lab Studio, Petaling Jaya oleh Auks. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Max Sayuthi (Cry Inferno) di Studio Koman. Jadam dari Necrotic Chaos turut menyumbangkan solo gitar untuk 2 buah track iaitu Psychosadistic Realms dan Kiblat Kiri.
Bermula dari track pertama sehingga track ke empat, Scripture of Defiance (2018) menghidangkan jenama music yang berat, keras dan brutal. Track kelima Psychosadistic Realms adalah remix dari Jadam sebelum track saduran dari Condemned dimainkan dengan baik sekali dan Empathy Chaos serta Renggam Nyawa yang merupakan track2 yang terkandung didalam single 2008 dahulu turut diselitkan bersama.
Dari segi sound produksi, gua boleh katakan untuk setakat ini Scripture of Defiance (2018) adalah produk dalam genre “percikan berdarah” yang paling baik penghasilannya untuk produk tempatan. Kemungkinan penelitian ketika proses rakaman yang diselenggara oleh Azim yang rata2 produk terkini beliau sangat mengagumkan. Hasil rakaman (wave) pula menjalani proses mix dan mastering oleh Max Sayuti di Studio Koman yang sebenarnya hanya lah home studio namun sudah ternyata keberkesanan dan sound akhir yang meletup dari hasil kerja beliau. Secara personal, untuk genre sebegini, gua agak menitikberatkan sound snare drum dan ternyata sound snare dari Sick Society adalah sama seperti anda mendengar produk2 oversea (untuk jenama music sebegini). Untuk beberapa bulan sebelum album ini release terlebih dahulu gegendang telinga gua ditusuk album dari Pathology. hahahaha…
Dua buah track menampilkan Jadam (Necrotic Chaos/Profane Creation/Cruelty Division) memberi sedikit impak solo gitar. Ia mungkin strategi untuk tarikan didalam album ini. Mungkin untuk keluaran material seterusnya selepas ini, bakal ada solo2 whammy bar dari Sick Society sendiri. Namun begitu, “soul” dan intipati music yang wujud dalam setiap track jelas melihatkan Sick Society tahu apa yang perlu ada iaitu elemen2 yang melengkapkan trademark music bawaan mereka ini. Track pilihan gua tak lain tak bukan Archangelical Autopsy.
Scripture of Defiance (2018) boleh di beli dengan harga RM25 by hand. Ianya didatangkan dengan poster dan jewel case pro-printed CD. Sila berhubung dengan label Grundar Productions atau Sick Society untuk mendapatkan copy anda. Ini antara produk berat, keras beserta sound produksi yang bagus untuk awal 2018. Jangan lupa dapatkan copy anda untuk melihat Sick Society terus aktif dan terus menghasilkan material2 selepas ini.
Sick Society
Email
Facebook
Twitter
Grundar Productions
Email
Official Website
Facebook
Twitter
Youtube