Servants – Holding On While Letting Go [Full Length, 2020]
EP yang sudah lama rilis ini akhirnya baru berpeluang di-review oleh saya, walaupun dah berbulan-bulan saya mendengarnya di platform Spotify. Lima anak muda yang menggelarkan diri mereka Servants lebih selesa mengkelaskan genre muzik mereka sebagai “Rock” seperti yang tertera di laman Facebook mereka setakat artikel ini ditulis.
Pada hemat saya, ini menunjukkan mereka tidak mahu terikat di bawah satu genre justeru membuka ruang kreativiti yang lebih meluas dalam kesinambungan muzik mereka ini.
Meneliti setiap trek yang dipersembahkan, tidak lekang dari unsur unsur pop-punk dan post-hardcore seawal era tahun 2000. Apa yang dapat saya tangkap dari bait bait riff melankolik dan strukur lagu, kedengaran pengaruh band band Post-HC seperti Silverstein, Senses Fail, Agraceful atau Emarosa (era Relativity). Selain itu mereka juga menerapkan vokal/lirik ala puitis atau “Spoken Words” seperti Hotel Books, Being As An Ocean dan Crooks (UK). Ini apa yang dapat saya tafsirkan dari ulang-dengar dan perbandingan dengan jenis jenis bunyi yang sudah kebiasaan di halwa telinga saya.
Sebagai band yang agak hijau, rilisan pertama mereka ini adalah cukup baik bagi memacu haluan Servants untuk terus berkarya. Masih banyak yang boleh diperbaiki dan digilap terutamanya dari segi penulisan lirik. Saya cukup faham, bukan senang untuk menulis dengan puitis, namun tiada apa yang mustahil jika Servants komited untuk terus berkarya dengan jujur. Secara kesuluruhan, “Holding On While Letting Go” cukup mampat dengan emosi. Usaha yang dipersembahkan oleh Servants dalam debut EP ini tidak seharusnya dipandang enteng.
Saya akan menunggu rilisan penuh atau album dari Servants untuk melihat sejauh mana mereka berkembang dari saat ini.
Holding On While Letting Go kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: Agraceful, Hotel Books, Crooks