Serpentrance – Akra Tapeinosis [Full Length, 2021]
Menggegar betul album penuh pertama band Black/Death/Doom Metal Rusia bernama Serpentrance ini. Album berjudul ‘Akra Tapeinosis’ ini cukup gelap dengan elemen yang brooding dan destructive melalui 5 lagunya. Akra Tapeinosis diterbitkan melalui Godz ov War Productions pada Julai 2021.
Walaupun sekadar 5 lagu, Akra Tapeinosis sebenarnya berdurasi panjang dengan 43 minit playtime yang huru-hara permainan Black Metal yang bercampur Death Metal ala Lvcifyre dan Adversarial di samping mengetengahkan Doom Metal yang lembap serta brooding. Kalau ikutkan Serpentrance adalah antara stail Black Metal yang lebih kelam dan disorienting, berlainan daripada sesetengah Black/Death Metal yang sebenarnya Death Metal mengambil aestetik Black Metal. Serpentrance is none of that. Ia Black/Death/Doom Metal yang blistering, destructive dan membuat anda uncomfortable dengan mood changes yang dihidangkan.
Tone gitar dalam Akra Tapeinosis memang tajam-tajam dan mencengkam selain berbunyi garang. Dram pula bersikap bipolar dengan ada masa blasting macam bullet train, ada masa merangkak macam penyu nak bertelur. Manakala vokal yang berbunyi jembalang kelaparan tidak pernah gagal membuat mood setiap trek menjadi kelam dan terrifying. Penting juga saya kena sebut atmosphere yang ditampilkan memang beraura occult dan songsang. Sememangnya Akra Tapeinosis menganjurkan kegelapan yang segelap-gelapnya dan saya memang cukup menikmati feel menakutkan seakan jatuh ke gaung tidak berpenghujung. It it good? Simply put, it’s a decent album. Anda patut dengar bunyi-bunyian kemusnahan daripada Serpentrance hari ini!
Akra Tapeinosis kini terdapat dalam format CD, piring hitam, kaset, dan muat turun digital.
FFO: Pseudogod, Voidnaga, Adversarial, Lvcifyre