Sepultura & Les Tambours Du Bronx – Metal Veins : Alive At Rock In Rio (2014) – DVD

0

Gabungan unik Metal yang berelemen groove, tribal dan industrial percussion adalah apa yang telah dilakukan oleh Sepultura dan Les Tambours Du Bronx. Andreas Kisser, Paolo Jr, Derrick Green dan Eloy Casagrande beserta 17 pemuzik Les Tambours Du Bronx telah mencipta sejarah terutama didalam konsert besar di Brasil iaitu Rock In Rio. Persembahan live ini telah di rakam sebagai antara material rasmi Sepultura untuk 2014 dan ia dinamakan Metal Veins : Alive At Rock In Rio.

Andreas Kisser (Guitars/Backing Vocals), Derrick Green (Vocals), Paolo Jr (Bass),  Eloy Casagrande (Drums).
 Sepultura & Les Tambours Du Bronx – Metal Veins: Alive At Rock In Rio
1 – Kaiowas
2 – Spectrum
3 – Refuse / Resist
4 – Sepulnation
5 – Delirium
6 – Fever
7 – We’ve Lost You
8 – Firestarter (Prodigy cover)
9 – Requiem
10 – Structure Violence
11 – Territory
12 – Big Hands
13 – Roots Bloody Roots

Kaiwas yang merupakan sebuah instrumental dari album Chaos AD dijadikan intro untuk persembahan live yang unik ini.gabungan percussion dan synth agak lewat untuk menimbulkan mood sebenar Kaiwas seperti apa yang boleh didengari dari track asal.

Sepultura – Spectrum


Spectrum cukup sesuai dijadikan track bervocal pertama. Dominasi riffing bersahaja dan catchy disertakan dengan hentakan drum bersama gabungan percussion mevariasikan lagi track ini. Permulaan menarik sama seperti apabila memutarkan album Kairos

Refuse/Resist menyusul tanpa banyak perubahan kecuali bunyian synth dan penambahan bunyian percussion juga tidak banyak berubah dari komposisi asal. Mungkin sedikit perubahan untuk penambahan percussion selepas selesai solo dari Andreas Kisser.

Sepulnation yang diambil dari album kedua Sepultura bersama Derrick Green nampak agak agresif dengan hentakkan drum Eloy serta backup riffing dari paduan bass Paolo Jr.

Delirium dan Fever merupakan 2 buah lagu dari Les Tambours Du Bronx yang menyaksikan penambahan bunyian gitar berdistortion serta pekikan dari Derrick Green. Menariknya bagaimana Sepultura mengadaptasikan lagu2 Les Tambours Du Bronx dengan gaya mereka.

We’ve Lost You yang dipetik dari album berkonsep A-Lex turut dimainkan. Jika diteliti background track ini sudah seakan music industrial walaupun ia nya sipi2 sahaja berbunyi.

Firestarter iaitu lagu saduran dari Prodigy yang dirakam untuk Revolusongs (EP 2002) juga dimainkan. Sepultura memang terkenal sebagai antara band yang gua salute cara mereka membuatkan sesebuah cover song itu kedengaran menarik.

Sebuah lagi cover song dari Les Tambours Du Bronx bertajuk Requiem dimainkan. Ternyata drum dan percussion dari Les Tambours Du Bronx mendominasi track ini. Penuh groove dan catchy!

Sebuah lagi track yang dimainkan dari album Kairos bertajuk Structure Violence. Tidak banyak gua boleh dikatakan selain paduan drum dan percussion yang banyak mendominasi atmosfera track ini.

Paluan drum dari Eloy drummer muda Sepultura ini memulakan track Territory yang dipetik dari album Chaos AD. Kesesuaian part dimana paluan percussion membuatkan track ini kedengaran agak menarik walaupun ia nya dalam mood yang lembap dan perlahan.

Cover song terakhir iaitu Big Hands adalah lagu dari Les Tambours Du Bronx. Ada sikit2 bunyi seakan Nailbomb untuk latar bunyi yang agak industrial. Yang menariknya ada part solo drum dari Eloy serta solo gitar dari Andreas Kisser.

Penutup persembahan ini adalah Roots Bloody Roots. Track yang menjadi fenomena untuk Sepultura menerusi album Roots (1996). Juga merupakan satu2 nya track yang diambil dari album berkenaan.

Kepada yang telah view video live ini di youtube pasti sudah mengetahui Sepultura dan Les Tambours Du Bronx pernah berkolabrasi contohnya ketika Wacken 2012. Namun untuk konsert Rock In Rio ini ia nya telah melalui proses rakaman secara profesional dan dipasarkan sebagai salah satu material rasmi Sepultura.

Metal Veins : Alive At Rock In Rio (2014) merupakan sebuah rakaman live yang bagus dari segi produksi bunyi dan visual. Secara ikhlas gua masih boleh katakan Sepultura tanpa ketiadaan Max Cavalera masih lagi kuat dari segi penciptaan lagu2 nya. Andres Kisser masih menjadi penulis lagu yang bagus dengan komposisi riffing yang catchy dan punya trademark tersendiri untuk music Sepultura selepas album Roots. Paolo Jr nampak sudah jauh maju kedepan jika dibandingkan dengan zaman rakaman album yang menyaksikan Andres Kisser memikul tanggungjawap memainkan track2 rakaman bass untuk rakaman era Sepultura lama. Derrick Green adalah sesuatu yang membezakan Sepultura era bersama Max Cavalera dengan Sepultura terkini. Cara pembawaan vocal yang 100% berlainan. Walaupun dikritik hebat sejak album Against, Derrick dan Sepultura sebenarnya makin berani menghasilkan sesuatu yang baru dalam mewarnai music Sepultura ke arah dimensi yang belum pernah dilakukan contohnya penghasilan album berkonsep dan sebagainya. Eloy Casagrande yang punya beza umur belasan tahun jika dibandingkan dengan Andreas Kisser, Derrick Green dan Paolo Jr ternyata merupakan drummer yang paling sesuai setakat ini menggantikan posisi Igor Cavalera. Drummer muda ini punya tenaga dan jika diperhati pada gaya permainannya untuk album The Mediator Between The Head And Hands Must Be The Heart (2013) ternyata agak kehadapan dan mampu menyelami feel dan konsep music Sepultura dengan baik sekali.

Ok, gua tak pasti DVD ini ada di malaysia atau belum. Cuba check laman2 jualan online jika DVD ini ada dijual atau terus ke website Nuclear Blast untuk proses pembelian. Ok, kata2 akhir dari gua, harapnya 2015 Sepultura bakal menghasilkan 1 lagi album baru yang lebih kick dan power!

Nuclear Blast
Official Website

Sepultura
Official Website
Facebook

Les Tambours du Bronx
Official Website
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected