Search – Katharsis (2017)

2

Gua rasa rakyat Malaysia kalau tak kenal Search, mungkin beliau antara yang percaya music Rock itu menyembah setan. Kahkah.. Search adalah antara legend dalam industri music tempatan yang boleh dikatakan mereka antara yang berjaya jauh dengan irama Rock. Ok, kalau Search gua rasa tak perlu intro panjang2 kecuali pengenalan kepada album ke 12 bertajuk Katharsis yang release pada 22 November 2017. Sebelum album ini dipasarkan, terlebih dahulu 2 buah single telah dikeluarkan iaitu Sidang Kangaroo dan Nama Yang Kau Lupa. Katharsis (2017) berada dibawah naungan Pawana Music.

Artwork oleh Dinn Diran
Konsep Rekabentuk oleh Nizam Rahmat
Tracklist :

1 – Gagalista
2 – Sidang Kangaroo
3 – Nama Yang Kau Lupa
4 – Mitos Atau Nyata
5 – Henjut
6 – Sulalatus Salatin
7 – Jubah Pengantin
8 – Apologia
9 – Embun
10 – Bebas Liar

Album berskala besar ini mendapat kembali sentuhan Dato’ M.Nasir sebagai penerbit. Bsync Productions adalah studio yang menyaksikan 700 jam rakaman Katharsis dihasilkan. Ahmad Zairi Ariffin, Adam Sofian Mazlan dan Bobby Saputra adalah 3 jurutera bunyi yang bertanggungjawap dalam hal ehwal rakaman. Ahmad Zairi Ariffin sekali lagi bertindak dalam proses mixing sebelum proses mastering dilakukan oleh C.L Toh (Mastering One).

Untuk mengulas album ini, gua mengambil masa yang agak lama sebenarnya untuk menghadam dan merasai feel setiap lagu juga keseluruhan album. Pada gua, Katharsis adalah satu produk yang masih berkonsep dan “target” nya ialah “Klasik Rock”. Dalam mendalami istilah Klasik Rock ini, pada gua ianya bukan satu perkara yang mudah. Root, soul (jiwa) mesti ada didalam struktur penciptaan untuk mendapatkan “feel” itu. Subjektif jugak untuk diterjemah kebentuk penulisan sebenarnya. hahahaha.. Ok, sekejap lagi kita sambung balik bab ni..

Ok, Katharsis terdiri dari beberapa track yang berada dalam lingkungan “rock” itu sendiri. Ballad, Hard Rock, Heavy Metal yang tidak keterlaluan dan jika diteliti sebenarnya banyak elemen yang diterapkan didalam album ini. Jangan kata album ini tiada unsur “modern sound” kerana awal2 lagi penggunaan loops telah dimainkan. Juga permainan sedikit offbeat untuk track Henjut. Gagalista, Sidang Kangaroo, Henjut, Sulalatus Salatin dan Bebas Liar antara track yang kaya dengan distortion. Dan antara track yang gua senarai tu Bebas Liar paling liar.. haha.. Nama Yang Kau Lupa, Mitos Atau Nyata, Jubah Pengantin, Apologia dan Embun berada dalam katogeri Ballad dan separa Heavy. Dan jika ditanya track pilihan, rasanya jawapan ikhlas gua sama seperti beberapa review yang dilakukan blog2 peminat music lain.. Apologia memang lekat dikepala dan susah nak kikis buang bila dah melekat. Apologia adalah lagu ciptaan Din.

Dari segi sound produksi, ia nya adalah produk yang bagus dan memuaskan. Adakah kecerewetan telinga gua atau telinga gua ada rosak, gua rasa sound drum untuk album ni sedikit kuat tahap level nya. Ini hasil pendengaran gua dari CD yang dimainkan dalam beberapa medium player berbeza. Selain dari itu ianya perfect dari segi sound produksi.
Katharsis dikeluarkan sebanyak 4000 copies cetakan pertama dan dinyatakan sold out dalam masa tak sampai 2 minggu (perbetulkan jika silap) dan dicetak kembali untuk jualan seterusnya. Setiap pembelian disertakan dengan sebuah giant poster dan pakej CD adalah jewel case dengan 16 page booklet lengkap dengan lirik, kata2 dari setiap line up dan maklumat lengkap berkenaan album. Juga perlu dinyatakan Katharsis dikeluarkan dalam 4 rekabentuk cover sleeve yang berlainan. Die hard fans pasti akan cuba memiliki keempat empat versi ini.

Ok, apa lagi yang perlu dikatakan? Penutup ulasan, gua rasa ini satu album yang sukar untuk genre Rock yang tepat kalau gua katakan menjurus kearah “Klasik Rock”. Satu genre yang sepatutnya tidak perlu kepelbagaian elemen kerana ia boleh mencacamerba kan konsep dan feel “klasik Rock” tersebut, namun Search berjaya melakukannya dengan bagus walaupun Katharsis mungkin ya atau tidak, antara album terbaek yang pernah dihasilkan oleh Search. Adakah ini album terakhir Search? pergi beli dan support untuk melihat atau mendengar hasil akan datang dari mereka. Doa-doakan..

Facebook (Official fan Page)

2 thoughts on “Search – Katharsis (2017)

  1. aku teringin sangat nak tengok Search main live promoting this new album, aku tak gi show Shah Alam last time.
    Pasal aku dengar itunes version a few times terus dah tak dengar lagi,
    Unlike Prima Domestika yang aku suka giler.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected