Vallendusk – Fortress of Primal Grace (2018)
Vallendusk adalah antara nama yang sedang meningkat naik secara mendadak melalui dua buah album dan juga EP pertama mereka. Band yang bermastautin di Jakarta, Indonesia ini menjadi sebutan dikalangan penggemar irama Black Metal yang lebih menjurus kearah Atmospheric Black Metal amnya. Setelah meninggalkan kejayaan dengan album kedua Homeward Path pada 2015, terkini dibawah label Northern Silence Productions (Germany), album penuh ketiga bakal menjengah pasaran pada 30 March 2018. Kami bagi pihak Dissecting the Euphony diberi preview awal untuk penilaian berkenaan Fortress of Primal Grace (2018) ini.
Penulisan track2 untuk Fortress of Primal Grace (2018) bermula sekitar November 2016. Satu tempoh yang panjang diambil dalam sesi penulisan dan rehearsal sehingga August 2017, dimana Vallendusk telah memulakan rakaman di Teargas Studio. Chad yang juga rakan dan pernah bersama band Glosalia dan Fana telah menjadi sound engineer untuk rakaman ini. Beliau turut terlibat sebagai pemain bass dan keyboard untuk rakaman ini. Proses rakaman dan mixing berakhir sekitar December 2017.
Rata2 track didalam album ini masih mengekalkan durasi yang panjang sekitar 7 minit dan ke atas. Track pertama The Presences merupakan track paling panjang durasi iaitu menghampiri 11 minit. Album yang memuatkan 7 buah track ini secara totalnya berdurasi 60 minit.
Penghujung 2017, Coronation yang merupakan track ke 3 telah diberi preview awal melalui youtube dimana ianya mendapat reaksi pelbagai dari komen dari pendengar.
The Shield merupakan preview track kedua yang menemui pendengaran pendengar pada awal February 2018. Ini adalah track penutup untuk album ini.
Sepanjang mendalami album ketiga ini, gua dapat rasakan apa yang diwar2 kan bahawa pengaruh In Flames diterapkan didalam album ini ternyata benar walaupun tidak 100%. Pengaruh dari album Clayman dan previous boleh didengar melalui riff gitar yang dihasilkan. Pun begitu ianya adakala seakan menenggelamkan sedikit trademark Vallendusk sebelum ini yang terkenal dengan sound Atmospheric nya. Secara ikhlas, gua berpendapat Fortress of Primal Grace (2018) masih berada dalam katogeri Atmospheric Black Metal kerana idea komposisi dan susunan music seakan masih berpegang kepada cara yang mereka lakukan terdahulu seperti 2 album awal. Kepelbagaian penciptaan adakala nya membawa sedikit mood folks (walaupun cuma sedikit), pagan/viking memberi terma baru kepada music Vallendusk. Dan sebenarnya perkara ini telah dinyatakan dalam biography Vallendusk dimana dinyatakan mereka membawa pembaharuan dalam setiap rakaman yang mereka lakukan.
Dari segi sound produksi, album ini masih berbisa untuk kesan pendengaran akhir. Dari segi permainan instrument setiap line up jelas memberi komitmen yang tinggi dalam penghasilan dan rakaman ini. Selain riffing yang adakala persis Swedish Metal, gua dapati penyampaian vocal dari Rizky lebih berbisa dari apa yang beliau lakukan sebelum ini. Selain dari itu, kualiti produksi album ini adalah terbaek!
Akhir kata, walaupun ada kedengaran sedikit kelainan dari apa yang dihasilkan Vallendusk sebelum ini, Fortress of Primal Grace (2018) masih boleh dianggap hasil terbaek dari mereka. ianya masih kedengaran “segar” untuk beberapa part dalam komposisi lagu yang dihasilkan. Untuk mengatakan Fortress of Primal Grace (2018) sebagai perubahan direction music, gua rasa tidak 100% kerana keseluruhan album masih berada dalam lingkungan Atmospheric Black Metal. Terma paling sesuai mungkin ada perubahan dan “upgrade” dari apa yang biasa dilakukan sebelum ini.
Fortress of Primal Grace (2018) dikeluarkan dalam format digipak CD untuk 1000 cetakan pertama. Difahamkan cetakan pertama ini didedikasikan kepada die hard fans. Proses pre-order telah dibuka awal dan sebarang pembelian boleh berhubung terus dengan Northern Silence Productions (Germany). Sila ke link2 yang kami sediakan dibawah.
Vallendusk
Email
Facebook
Bandcamp
Northern Silence Productions
Email
Official Website
Facebook
Youtube