Scent of Carnage – Scent of Carnage (EP 2015)

1

Scent of Carnage, sebuah band beraliran Death Metal dari kuala Lumpur ini telah ditubuhkan sekitar 2010. Setahun kemudian mereka pantas merakam sebuah promo berjudul Invest Your Sin. Dengan berlakunya perubahan line up, progres band ini nampak seakan sedikit tergendala sebelum muncul kembali menghangatkan pentas2 gig tempatan dan pada awal 2015, sebuah CD mengandungi 3 buah track telah dikeluarkan menandakan Scent of Carnage sudah bersedia mengekang segala cabaran dalam arus music keras tempatan.

 Filly – Vocals
Adi Halim – Guitars
Aziz Ahmad – Guitars
Necroslaughter – Bass
Alid Covenant – Drums

 Cover artwork oleh Ammar Syamsul

Tracklist :

1 – Consumed By Hate
2 – Darkness Prevail
3 – Warplague

Cd ini melalui proses rakaman di SCS Studio, Kuala Lumpur oleh Fazli Zakaria dan Scent of Carnage sendiri. Proses adunan turut dilakukan oleh Fazli Zakaria.

Consumed By Hate seakan ada sedikit masalah stereo secara teknikal rakaman pada bahagian awal track. Setelah ia kembali normal, jelas dapat diteliti elemen2 pasti didalam genre Death Metal ini melalui riffing yang laju serta tone keras serta bedilan drum tanpa belas. Vocal sudah berada dalam definisi Death Metal itu sendiri. Paling menarik perhatian gua adalah solo gitar pada suku terakhir track. Memang memukau! Morbid Angel, Deicide dan sedikit Vomitory adalah pengaruh awal yang dapat dihidu dari track ini.

Darkness Prevail lebih straight forward dan melulu tanpa belas kasihan dari awal lagi. Sebuah track yang cukup agresif malah sehingga setengah lagu juga tiada sesaat pun music mereka ditinggalkan kosong. Benar2 bahaya track ini. Pengaruh Vital Remains cukup kuat untuk track ini.

Warplague seakan sambungan apa yang dilakukan pada track kedua tadi. Begitu kental, brutal dan ganas. Sukar untuk memberi komen berkenaan track ini (juga track kedua tadi) kerana nampak jelas Scent of Carnage benar2 bersungguh2 dalam penghasilan lagu2 sendiri.

Sepanjang mentelaah CD ini, gua beranggapan Scent of Carnage sudah dikira punya kekuatan tersendiri jika di adili dengan 3 track yang dihidangkan didalam CD ini. Permainan yang berteknikal, penuh elemen Death Metal serta lagu2 yang ternyata keras, pantas dan brutal. Namun sesuatu yang agak menggusarkan adalah kualiti rakaman. Ada banyak bahagian yang gua rasa tahap keseimbangan tidak sekata (contoh di awal track pertama dan beberapa bahagian lagi). Final produk yang keluar agak kurang mencengkam hasilnya. Mungkin selepas ini Scent of Carnage boleh memikirkan studio rakaman lebih bagus seperti apa yang dilakukan Humiliation, Tools of the Trade, Purge the Arbitrator, Daarchlea dan beberapa lagi band yang berjaya menghasilkan rakaman yang hasil kualitinya menakjubkan. Ok, mendengar CD self-title ini mengingatkan gua pada sebuah band tempatan bernama Break The Silence yang telah berkubur setelah menghasilkan split tape bersama Movment bertajuk Duo Maestro dan sebuah album Merciless Mercenary pada 2003.

Scent of Carnage – Briarcliff Asylum live at Battle Tank Gig


CD self-title ini boleh diperolehi dengan harga RM10 by hand dan RM15 by postage. Sila hubungi Scent of Carnage untuk copy anda. Ini pro-CD ok! Akhir kata… kepada penggemar Death Metal tepu, Scent of Carnage adalah satu kemestian!

Email
Facebook 
Youtube

1 thought on “Scent of Carnage – Scent of Carnage (EP 2015)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected