Saor – Origins [Full Length, 2022]

0

Projek solo Caledonian Folk Metal dari Scotland, Saor baharu saja mengeluarkan album penuh terkininya yang berjudul Origins melalui Season of Mist pada penghujung Jun 2022. Sejak-sejak bernaung di bawah Season of Mist, nampak jugak perubahan kualiti rakaman Saor ini.

Paling jelas adalah vokal tidak lagi terkemut dalam mix serta bergaung. Kini vokal Andy Marshall lebih jelas, malah instruments semua pun kedengaran crisp clear untuk saya menikmati melodi-melodi indah berkiblatkan Folk Music Scottish bercampur-baur dengan muzik Black Metal (walaupun sebenarnya tak BM sangat). Kalau dah nama pun Folk Metal, tentulah instruments tradisional ditampilkan dengan kerap dalam album ini. Anda boleh mendengar bunyian-bunyian sedap daripada bagpipe, flute dan banyak lagi yang saya sendiri pun tak boleh nak cam. Yang penting, gabungan sound instruments moden dan tradisional berlangsung dengan cantik dan seamless seakan-akan ditulis sebagai satu unit, bukan sekadar main Black Metal dan menampal melodi Folk Music selepas itu. Bukan langsung.

Walaupun saya memuji usaha Andy Marshall (mainman Saor) menjadikan rakaman dan adunan album Origins ini lebih bagus daripada sebelum ini, saya mendapati placement tracks sedikit mengecewakan. Ia mengambil sehingga separuh album untuk saya benar-benar tertarik mendengar Saor memandangkan tiada trek yang benar-benar catchy dan hook yang strong. Hanya mulai trek Aurora dan seterusnya baru terasa Origins ada direction. Trek-trek awal macam lost dan typical Folk Metal. Anyway, it’s a pretty good release sebenarnya!

Origins kini terdapat dalam format CD, piring hitam, kaset dan muat turun digital.

FFO: Panopticon, Winterfylleth, Cnoc An Tursa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected