Sahon – Chanting For The Fallen (2018)

1

Agak jarang kita mendengar band2 dari Korea Selatan atau mungkin juga kita kekurangan sumber berkenaan band dari negara tersebut. Sahon adalah antara pejuang Thrash Metal dari Seoul yang telah menghasilkan beberapa buah album dan sebuah EP dan terkini dalam rangka untuk upcoming release full length terbaru berjudul Chanting For The Fallen (2018) yang akan berada di pasaran pada 15 July 2018. Album terbaru ini akan di keluarkan oleh Transcending Obscurity Records.

Chang Myeong Lee (Guitars), Yong Ho Lee (Vocals and Bass), Kyoung Hong Kim (Drum)
Chanting For The Fallen (2018)

Tracklist :
1 – Faith of Savagery
2 – At The Edge Of Cliff
3 – Survive
4 – Condemnation
5 – Charge Till The End
6 – Born To Lose Live To Win
7 – Joy Of Hatred
8 – You Shall Pay

Wow!!! Agak teruja sepanjang mendengar album terbaru dari Sahon ini. Bertenaga dan Thrash Metal yang ternyata old skool dan disuntik pengaruh Death/Speed/Black yang kemas dan rancak! Pengalaman sepanjang penubuhan dari 1999 digunakan sepenuhnya dalam penghasilan album terbaru ini.

Sepanjang album ini dimainkan, boleh gua katakan kesemua tracks adlah berunsur Speed Thrash Metal yang penuh dengan elemen Old Skool. Rata2 tracks terkandung punya energy yang mampu menggegarkan pentas jika dimainkan secara live. Condemnation iaitu track ke 4 mungkin ada sedikit pengaruh modern untu separuh durasi namun apabila tiba di durasi 2:31, komposisi kembali menjadi ribut seperti track2 terdahulu. Dari segi permainan instruments, jelas riffing2 pantas memberi gambaran sebenar bagaimana dan apakah itu Speed/Thrash Metal. Drums yang tidak berhenti dengan paduan memastikan album ini seakan lengkap dari segi perisa thrash metal itu sendiri. dan akhir sekali vocal dari Yong Ho Lee ternyata berada dalam klasifikasi tersendiri untuk konsep sebegini.

Dari segi sound produksi, walaupun Sahon memperdendangkan Thrash Metal pantas dan old skool, namun mutu bunyi rakaman terutama tone gitar kedengaran berada diantara old skool dan modern. Tidak mengharapkan sound bingit 80’s dan awal 90’s sebaliknya tone lebih besar dihasilkan. Drums tidak terlalu organik dan tidak terlalu modern namun sesuai dengan konsep Thrash metal ciptaan Sahon.

Favorite tracks : Faith of Savagery, At The Edge Of Cliff, Joy of Hatred, You Shall Pay

Chanting For The Fallen (2018) akan di jual dalam format digipak CD dan juga untuk format digital pembelian boleh dibuat melalui laman bandcamp mereka. Hubungi Transcending Obscurity Records melalui laman sesawang yang disediakan dibawah untuk sebarang format pembelian. Chanting For The Fallen (2018) benar2 rancak!!!

* Penganjur KL Thrashed mungkin boleh membuat perkiraan untuk bawa masuk Sahon..

Sahon
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

1 thought on “Sahon – Chanting For The Fallen (2018)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected