Rukun Serigala – Rukun Serigala (EP2018)

0

Rukun Serigala adalah antara band baru yang tiba-tiba muncul dengan rakaman dan persembahan pentas dengan konsep muzik Heavy Metal/Rock N Roll. Gua terhidu kewujudan band ini melalui beberapa lagu berstatus demo yang dimuat naik ke laman youtube dan ianya sesuatu yang agak segar dan punya mood Heavy Metal lama ditambah dengan lenggok Rock N Roll. Sebagai mukadimah berkenaan band ini, line up yang terlibat pernah menganggotai beberapa band seperti Enslaved Chaos, Grimless dan Venopian Solitude. Self-titled EP ini dikeluarkan oleh Tandang Records.

Adam (Keytar), Oly (Drums), Kojek (Bass), Boy (Guitar)
Illustrasi oleh Kojek
Design oleh Zemang
Tracklist :
1 – Korpuskorona
2 – Hellakapchai
3 – Hatitirani
4 – Pemburu (Studio Version)
5 – Hellakapchai (Live at Rumah Api)

EP Self-titled ini melalui proses rakaman di Magicroom Box & Banglo 9 Studio. Proses mix dan mastering turut dilakukan di Magicroom Box.

Korpuskorona yang menjadi track pertama adalah track terawal yang memperkenalkan gua pada Rukun Serigala dimana ianya telah dimuatnaik ke laman youtube untuk status demo. Sebuah track yang berada dalam konsep Heavy, sedikit Sludge, sedikit psychedelic yang dicampur adun dengan cantik sekali. Pengaruh mungkin ada bau2 Black Sabbath, Down, Led Zeppelin dan seantaranya.

Hellakapchai boleh dikatogerikan antara track yang rancak, punya feel 80’s dan sedikit perencah klasik heavy rock boleh dihidu dalam komposisi lagu ini. Yang menarik, track ini menyelitkan dialog dari beberapa “pakar” ekonomi sebelum solo gitar dimainkan.

Hatitirani adalah sebuah track yang gua rasa paling catchy dengan chord2 yang mudah dan melodi vocal yang bersahaja. Juga solo gitar yang tidak lah bergulung2 malah kedengaran lebih santai. Segar sedikit melayan track ini.

Pemburu pada pengamatan gua boleh jadi adalah rakaman yang dilakukan secara live. masih punya vibe seperti track2 terdahulu. Sebuah track yang agak mendatar, agak mencabar tahap pembawaan vocal untuk melodi sebegini (mungkin kena study dan usaha lebih), menarik untuk part2 kitar yang menyelangi pada verse. Solo gitar yang agak blues dan psychedelic. Best juga walaupun keseluruhan sound nya agak berlainan sikit.

Track terakhir adalah versi live Hellakapchai. Pada gua track ini diselitkan untuk membuktikan kemampuan sebenar Rukun Serigala beraksi secara live.

Gua dapat rasakan Rukun Serigala adalah alternatif lain kepada line up band ini yang sebelum ini pernah bermain untuk band2 bergenre berat. Percubaan ini agak berjaya dengan kelainan yang dibawa untuk pergerakkan music bawah tanah negara. Sesuatu yang best bila layan EP ini, terasa seakan berada di zaman 80’s dengan mendengar Ebby Saiful menyanyi dan adakala terasa seperti berada dalam filem Gila-Gila Remaja. hahaha.. Sekali skala rasa Rukun Serigala ini patut lahir zaman hippies dulu dan main di Woodstock.. haha

Dari segi sound produksi, EP ini boleh dianggap bagus. Keseimbangan yang baik dan mungkin untuk keluaran akan datang mereka boleh menitikberatkan aspek mastering untuk mendapatkan sound akhir yang lebih meletup.

Self-titled (EP2018) ini setakat ini boleh diperolehi dalam format digital dan fizikal iaitu kaset/tape dengan harga RM12 by hand. Sila berhubung dengan Rukun Serigala atau Tandang Records melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah. Ini satu kelainan dan boleh dilayan santai bersama keluarga. Hahaha..

Rukun Serigala
Facebook
Youtube

Tandang Records
Email
Official Website
Facebook
Instagram
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected