ROT – As Darkness Burns [Full Length, 2022]

0

Jika dua tahun lepas anda bertanyakan saya tentang scene Metal Vietnam, besar kemungkinan saya akan jawab “entahlah, ada ke?”. Fast forward ke 2023, saya boleh menamakan sekurang-kurangnya 3 terbitan yang keluar dari Vietnam! Dan kebanyakan terbitan yang saya dengar menarik dan diverse juga seperti album penuh ini yang saya terima sebelum 2022 berakhir. ‘As Darkness Burns’ yang keluar melalui House of Ygra merupakan terbitan sulung band veteran Black Metal bernama ROT ini. Fun fact: Menurut label mereka, ROT sebenarnya antara band Black Metal terawal Vietnam, cuma baru sekarang nak keluar album penuh. 

As Darkness Burns adalah Black Metal yang furious dan necro berinspirasikan Scandinavian Black Metal seperti Gorgorth, Tsjuder, Horna dan Urgehal. As Darkness Burns mempunyai karakteristik dan sentuhan 90s Black Metal dalam banyak aspek, ini termasuklah kualiti rakaman dan adunan, songwriting dan execution termasuklah teknik dan feel yang menyebabkan saya tertanya sendiri ‘was this written and recorded in the 90s?’. Feel yang grim, sejuk-sejuk serta sinister yang wujud dalam album ini menguatkan lagi aspek ini. No production magic, no modern day technics, yang ada cuma second wave Black Metal charms di waktu Black Metal yang bebas daripada bullshit. Tiada teknik-teknik terlalu kompleks (kecuali mungkin dram yang menghenyak bertalu-talu laju daripada biasa) untuk dihadam. Saya berpendapat ia adalah album yang quite straightforward untuk preach tentang darkness, evil, destruction and nihilism. Simple takde belok-belok.

No production magic, no modern day technics, yang ada cuma second wave Black Metal charms di waktu Black Metal yang bebas daripada bullshit.

Pada saya As Darkness Burns adalah produk berinspirasikan Black Metal 90an yang simple dan true to its roots. Mendengarnya pada kali pertama pun mengingatkan kepada band-band Black Metal tempatan kita di permulaan mereka; sound yang grim dan unpolished, destructive dan uncompromised. Pendengar tegar Black Metal klasik mungkin akan tertarik dengan keluaran sebegini yang terasa hitam dan kelam luar dalam. 

As Darkness Burns kini terdapat dalam format digital dan muat turun digital.

FFO: Gorgorth, Tsjuder, Horna, Urgehal, early Impiety, early As-Sahar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected