Roadiarc – City of Rome [Single, 2023]

0
Roadiarc City of Rome

City of Rome merupakan sebuah single daripada band Art Rock Kuala Lumpur bernama Roadiarc. Ini merupakan terbitan rasmi pertama mereka (jika tidak mengira Live EP mereka) yang menyuntik sound Americana, antaranya Blues, Country dijalin bersama Pop/Rock.

Dengan liriknya yang pretend everything is alright sedangkan jiwanya kacau, City of Rome adalah manifestasi rutin harian everyday man dan woman yang bosan dan repetitive, dan longing for a change.

City of Rome merupakan sebuah trek yang energetik sekalipun bermula dengan sedikit melankolik. Saya kira ini selari dengan temanya yang mengeksplorasi feel life yang mundane dan monotonous. Kejap macam ada harapan, kejap macam lifeless. Dengan liriknya yang pretend everything is alright sedangkan jiwanya kacau, City of Rome adalah manifestasi rutin harian everyday man dan woman yang bosan dan repetitive, dan longing for a change. Tapi sehingga you get the big break, life goes on like usual. Aduh, relatable pulak.

Actually, ia juga seakan rungutan si pencerita yang bosan dengan kitaran hidup yang sama sebelum dissolve kepada a glint of hope, mungkin satu hari dia boleh break the cycle.

Permulaan City of Rome dibuka dengan petikan gitar akustik dan piano yang memberi feel yang hening seakan memberitahu, yeap, time to start the day doing the same thing like yesterday. Kemudian bertukar sedikit agresif dengan kemasukan dram dan gitar elektrik menandakan perubahan mood si pencerita yang bagaikan berangan could things be different one day? Actually, ia juga seakan rungutan si pencerita yang bosan dengan kitaran hidup yang sama sebelum dissolve kepada a glint of hope, mungkin satu hari dia boleh break the cycle. Macam pasrah tapi juga tak give up on hope lah.

Filed this under a band I should keep watching with great interest.

Single City of Rome ini agak menarik juga dengan stail Blues dan Rock yang santai walaupun tema lagu ini berat jugak. Saya takde komplen lah dengan kualiti permainan dan rakaman Roadiarc yang boleh tahan. Macm biasa, saya tak menganggap single sebagai batu aras untuk sebuah band secara keseluruhan, tapi City of Rome menjadikan Roadiarc di bawah radar saya. Filed this under a band I should keep watching with great interest.

City of Rome kini terdapat dalam format digital strim.

FFO: Pine Grove, John Denver, Neutral Milk Hotel

Ikuti Roadiarc di:

Instagram

Facebook

X

Tiktok

YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected