Ritual Necromancy/Fossilization – Ritual Necromancy/Fossilization [Split, 2022]
Pada tahun lepas, saya mendengar EP Fossilization ‘He Who Name Was Long Forgotten’ yang buat saya terpesona dengan stail Cavernous Doom/Death Metal mereka yang devastating. Tahun ni mereka berpadu tenaga pula dengan Ritual Necromancy, unit Death Metal dari AS untuk mengeluarkan split EP melalui Everlasting Spew Records.
Kedua-dua band berkongsi stail dan sound yang lebih kurang iaitu berbunyi bergaung dengan paduan Death dan Doom Metal yang mengancam yang jelas berinspirasikan Incantation era 90an. Fossilization menghidangkan 2 trek manakala Ritual Necromancy hanya 1 trek yang memakan 15 minit. Side note, trek Cavernous Death Metal berdurasi 15 minit adalah gila. Ritual Necromancy menyumbat semua definisi menakutkan, claustrophobic, menganjur kemusnahan dan ketakutan towards the unknown dalam tempoh 15 minit. I’m loving it (and also scared shitless). Berbanding Fossilization, Ritual Necromancy berbunyi sedikit muddy dan kuno namun kedua-duanya tetap garang dengan stail Cavernous Death Metal dibawakan! Terdapat beberapa persamaan yang boleh didapati untuk kedua-dua band ini. Pertama, mereka employ vokal yang low dan bellowing. Ini adalah resepi untuk melengkapkan bunyi gaung. Kedua, mereka memanfaatkan tempo shift daripada laju membelasah tempo kepada merangkak seakan kura-kura yang kedua-duanya tetap lazat didengar. Dan ketiga, it’s freaking scary. Suasana yang ditampilkan membuat saya uncomfortable namun masih gagahkan diri untuk dengar. It’s a pretty vile and sick EP!
Split EP ini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.
FFO: Incantation,Immolation, Dead Congregation, Krypts