Portrait – Portrait (2008)

0

Gua terasa nak mereview album penuh pertama dari band Sweden ni kerana keunikan dan ianya mengingatkan gua pada Merciful Fate dan King Diamond. Hahaha..Band yang menggunakan nama Portrait ini membawa konsep Heavy Metal yang pada gua punya elemen Speed Thrash dan gua lebih menyukai album pertama ini kerana beberapa buah lagu mereka punya susunan menarik dan menggunakan perubahan mood yang tidak disangka2 (ada beberapa lagu..)

Cover artwork oleh Dimitar Nikolov
Logo oleh Tyrant
Tracklist :
1 – Hell
2 – A Ghastly Silence
3 – Village Of The Fallen Angel
4 – Consecration
5 – A Thousand Nightmares
6 – Bow Unto The Devil
7 – Beware The Demon
8 – The Adversary
Line untuk Potrait (2008)
Phillip Svennefelt (Vocals)
Christian Lindell (Guitars)
Richard Lagergren (Guitar)
David Stranderud (Bass)
Anders Persson (Drums)

Memandangkan gua hanya punya copy format tape, tidak banyak info dinyatakan berkenaan sesi rakaman album ini. Mungkin info yang boleh di kongsi disini adalah album ini diterbitkan sendiri oleh Portrait dan dikeluarkan oleh Iron Kodex/High Roller yang berpengkalan di Jerman. Untuk pengeluaran CD US version dikeluarkan oleh Holycaust Records. Manakala untuk format kaset hanya dikeluarkan untuk rantau Asian melalui Incoffin Productions (Thailand).

Pertama kali mendengar track bertajuk Hell jelas sekali band ini punya pengaruh Old Skool Heavy Metal yang kental. Paling menarik pembawaan vocal yang pasti akan terkenangkan pada King Diamond. High pitch yang nyaring. Music nya boleh kata agak organik sound drumnya dan untuk bahagian gitar tidak terlalu berat soundnya. Susunan lagu yang mantap dan punya kepelbagaian bersesuaian dengan durasi panjang iaitu 7 minit 37 saat. Ermm beberapa part lagu ini memang catchy!

A Ghastly Silence pada gua merupakan antara track terbaek sepanjang album ini. Susunan lagu yang lebih kemas. Paling menarik perubahan mood yang ditonjolkan ketika pertukaran riffing. Sekali lagi pelbagai elemen music diperdengarkan dari solo dan harmoni gitar yang dimainkan kedua2 gitarist band ini. Antara track yang gua ulang kerap kali.

Village Of The Fallen Angel bermula dengan mood perlahan sehingga vocal menyeringai sekali lagi mengingatkan pada kepelbagaian suara yg mampu dilakukan oleh King Diamond. Patut diperhatikan solo arpeggio yang agak ngeri dimainkan sebelum harmoni gitar mengakhiri dengan mood ala2 Power Metal.

Consecration mungkin agak moderate mood nya namun menarik jika diteliti tone bass nya yang agak menonjol dan kedengaran lemak pada running chordnya.

A Thousand Nightmares sedikit rancak riffing awalnya. Juga pekikan high pitch yang kedengaran sangat solid pada penghujung verse nya. Solo gitar lagu ini perlu diperhatikan.

Bow Unto The Devil seakan sambungan track terdahulu pulak apabila mendengar intronya. Juga sebuah track yang rancak dan laju. Band ini memang punya kreativiti yang bagus dalam penghasilan solo2 gitar yang berhantu. Hahaha.. Ok, tengah2 lagu siap ada drum solo lagi!

Beware The Demon bermula dengan hentakan drum sebelum riffing menjelma. Old skool sekali riffing yang dihasilkan sebelum tempo berubah menjadi laju. Juga merupakan antara track yang menarik terutama beberapa running chord yang dimainkan pemain bass mereka. Tone yang baek sekali berjaya dihasilkan.

The Adversary bermula dengan plucking gitar seakan sebuah lagu ballad namun berubah apabila gitar berdistortion dimainkan. Merupakan sebuah track yang punya flow yang pelbagai dari perlahan sehingga tempo dilajukan dalam kadar berkala. Track terpanjang iaitu 9 minit 11 saat.

Mutu rakaman untuk album ini berada dalam kondisi terbaek. Kesemua instrument berada dalam keadaan seimbang. Kemampuan setiap line up dalam permainan instrument juga harus dipuji dan mereka bukanlah sebarangan pemuzik pada pandangan gua. Sesuatu yang menjadikan album ini unik mungkin pada kemampuan vocalist mereka yang mampu mngalunkan suara seperti King Diamond. Lontaran high pitch yang menarik dan beberapa lagu yang menarik komposisinya dimana perubahan2 riffing yang mengejut dan sukar dijangka. Juga kehadiran mereka selaku band baru yang membawa irama se old skool begini harus dihormati perjuangan mereka.

Selepas album ini menemui pendengar berlaku beberapa perubahan pada line up dimana melibatkan line up untuk sesi rakaman seterusnya dan juga pertunjukan pentas. Ok, untuk mendapatkan album Portrait ini terdapat sebuah label indipendent yang membawa masuk ke Malaysia iaitu Hammercharge Distribution dalam format kaset. Mungkin peminat2 music old skool masih punya minat mendengar hasil analog sebegini. Ok, kenali Portrait yang masih lagi aktif melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah ini.

Official website
Facebook
Reverbnation
Myspace

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected