Porcelane – Not Dead, Just Asleep [EP, 2023]

1
Porcelane Not Dead, Just Asleep

Unit Pop Punk/Emo/Shoegaze Malaysia, Porcelane akhirnya mengeluarkan EP sulung mereka yang berjudul Not Dead, Just Asleep. Sebelum ini Porcelane memperkenalkan stail muzik mereka melalui single Give Me Something to Sing About dan Haywired.

Porcelane

Not Dead, Just Asleep memuatkan 6 trek yang menampilkan stail muzik yang diverse; daripada Pop Punk, Emo/Hardcore Punk hinggalah kepada sipi-sipi Shoegaze. Ini diterjemah dalam permainan gitar yang melompat-lompat antara simple Punk Rock chords kepada strumming balada yang sendu, dram yang simple tapi on the dot dan memberi tekstur kepada stail Punk Rock mereka, dan saya ingin sekali highlight alunan vokal dalam EP ini. 

Not Dead, Just Asleep sebenarnya menerokai tema yang relatable dalam hidup; rasa tak percaya dengan diri, masalah percintaan yang berantakan, kehilangan orang tersayang, malah juga longing to be in the past.

Semua line-up Porcelane sebenarnya bergilir-gilir menyanyi dalam EP ini. Dan ya, semua dengan gaya tersendiri. Adam melontar vokal yang beremosi serta youthful yelling, Dro dengan deep bassy bark, Ajith dan Daud dengan Pop Punk shout yang tajam semuanya menjadikan EP ini diverse dari segi vocal delivery. Nasib baik stail permainan mereka konsisten dalam EP ini, kalau tak mesti ingat band-band yang berbeza yang main lol.

Not Dead, Just Asleep mempunyai enough catchiness dan sensibility untuk mengimbangi elemen-elemen ini sehingga ke trek terakhir.

Not Dead, Just Asleep sebenarnya menerokai tema yang relatable dalam hidup; rasa tak percaya dengan diri, masalah percintaan yang berantakan, kehilangan orang tersayang, malah juga longing to be in the past. Semua ini digaul dengan stail muzik mereka yang pada saya seakan menjadi juga. Porcelane sebagaimana dalam terbitan single-single sebelum ini mengumpul sound yang pelbagai dalam satu release, pada saya ia adalah satu risky move terutamanya berpotensi untuk hilang consistency dari trek ke trek. Yelah, kejap ada macam Shoegaze, kejap Rock balada, kan ke melompat-lompat stailnya, ye tak? Namun Not Dead, Just Asleep mempunyai enough catchiness dan sensibility untuk mengimbangi elemen-elemen ini sehingga ke trek terakhir.

Ia just nice untuk mempunyai commercial feel dalam muzik mereka dan juga cukup perisa untuk menggalak crowd go rowdy on the dance floor.

Pop Punk bawaan Porcelane juga tidaklah terlalu sappy yang bercucuran air mata, namun tidak jugak menjejak territory Punk yang tough guy macam Easycore. Ia just nice untuk mempunyai commercial feel dalam muzik mereka dan juga cukup perisa untuk menggalak crowd go rowdy on the dance floor. Not Dead, Just Asleep tidaklah break any new ground, tapi untuk saya ini adalah terbitan yang promising untuk sebuah band baru yang masih tercari-cari identiti. Mungkin sound mereka akan berubah, mungkin tidak tapi yang penting EP ini menunjukkan tendency mereka untuk explore stail mereka.

Not Dead, Just Asleep kini terdapat dalam format CD, kaset dan digital strim.

FFO: Nothing, Basement, Joyce Manor, Vertical Horizons, Title Fight, The Offspring

Ikuti Porcelane di:

Instagram

X

YouTube

1 thought on “Porcelane – Not Dead, Just Asleep [EP, 2023]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected