Phenomistik – As Sahar (MCD 2015)

0

Phenomistik merupakan band yang ditubuhkan oleh 2 orang bekas line up As Sahar iaitu Wan As-Sahar (Guitars, Bass,Vocals) dan Wan Akhzareth (Drums). Masih teguh dengan aura Nusantara Metal, dilihat Phenomistik seakan bayangan kepada As Sahar era sebelum pengunduran Wan terdahulu. Ditubuhkan pada 2013, Phenomistik tidak menunggu lama untuk menghasilkan rakaman dan sebuah mini album yang sepatutnya dipasarkan pada penghujung 2014 dan mengalami penundaan ke awal 2015 sebelum ianya benar2 ini menemui pendengar pada 5 February 2015. Menggunakan judul As-Sahar ianya seakan ada sesuatu yang ingin di kongsikan duo ini dalam penghasilan mini album ini.

 Wan As-Sahar (Guitars, Bass,Vocals)
Wan Akhzareth (Drums)
 Cover artwork oleh Ironworx Gravefix
Cover illustration oleh Nefariousz Lightbearer
Grafik oleh Es Sulaiman
Tracklist :
1 – As Sahar
2 – Possi Lana Dari Celebes
3 – Star Sirius
4 – Lautan Dan Rupawan

As-Sahar melalui proses rakaman di TNT Music Productions, Singapura. KK Wong Ah Boy merupakan jururakam dan juruadun rakaman. Mini album ini dikeluarkan oleh Mariners Music.

Track bertajuk As Sahar merupakan rakaman semula sebuah track yang terkandung didalam split album Beyond Firmament (1999) bersama Hayagriva. Yang pasti berkenaan track ini ianya adalah rakaman semula yang jelas memperlihatkan penambahan untuk beberapa part gitar jika diteliti riffing untuk kedua2 stereo side. Permainan yang sedikit berlainan walaupun masih dalam progression chord asas yang sama seperti versi awal terdahulu. Dan ternyata ada perasaan puas apabila mendengar track yang punya mutu rakaman yang baik seperti ini.

Possi Lana Dari Celebes juga merupakan rakaman semula track yang diambil dari album Bugis (2011) dimana album terakhir Wan bersama As Sahar. Tidak banyak boleh dikatakan melalui track ini selain ianya juga menjanjikan mutu bunyi yang lebih bersih jika dibandingkan dengan rakaman versi asal.

Star Sirius yang terkandung didalam album Tir (2008) turut dirakam semula dengan kualiti yang lebih baek. Juga gua tak mau review panjang berkenaan track ini.

Lautan Dan Rupawan adalah track yang ditunggu2 oleh gua. Ini kerana ini merupakan track terbaru hasil penulisan Phenomistik. Agak dramatik juga menanti track ini sebenarnya. Hahaha.. Ok, setelah mentelaah apa yang dihasilkan melalui track ini gua boleh simpulkan ia nya seakan apa yang telah dan pernah dilakukan oleh Wan sepanjang bersama As Sahar juga bersama Karamah. Trademark dan gaya penulisan beliau adalah trademark apa yang dilakukan beliau sejak dahulu. Melodic serta atmosfera yang masih diterapkan dari aura penulisan beliau.

Phenomistik – As Sahar (MCD 2015) adalah suatu yang ditunggu2 oleh pengikut Wan setelah pengunduran dari As Sahar disamping kemunculan band Karamah nya sebelum Phenomistik muncul bersama ex-drummer nya ketika era Tir. Agak tidak adil jika gua mengandaikan music Phenomistik hanya melalui track Lautan Dan rupawan sahaja, namun dari 3 track yang dirakam semula jelas gaya penulisan sebegini adalah apa yang dimahukan oleh Wan untuk Phenomistik. Melodic, aggresive adalah 2 elemen yang jelas boleh dihidu sepanjang CD ini diputar. Seperkara yang gua perasan, Phenomistik lebih kearah penggunaan lirik yang lebih penekanan kepada perkara2 bersangkutan kepercayaan mistik Nusantara.

Mini album ini juga adakala seakan rakaman semula lagu2 As Sahar yang dipolish dengan sound yang lebih bersih dan profesional. Ada kepuasan apabila gegendang telinga ditujah track2 dari mini album ini. Kualiti rakaman yang bagus, sound/tone gitar yang besar, bass yang sekadar cukup untuk support overall sound dan riffing gitar dan tidak lupa konsistensi permainan drum oleh Akhzareth. Mutu rakaman yang jelas menampakkan kemajuan (atau kemampuan sebenar) Akhzareth.

Mini album ini boleh diperolehi dengan harga RM30 (Semenanjung) dan RM35 (Sabah/Sarawak) termasuk kos pos. Hubungi beberapa individu yang kami senaraikan di akhir review ini untuk mendapatkan copy anda.

Phenomistik – As Sahar (Preview)

Phenomistik
Facebook

Urusan pembelian & distributors
– Wan As Sahar
Jorn Seth Ov Metalwarpage (Seth Distro)
Azril Hulubalang Timur (Itna Tsirhc Merchandising)

Oldgoatcorpse Prods
Othman Yusof (EVP)
Mazmi Arshad (Straineyes)
Meta Lzone Distro
Mohd Fadhil (Black Abyss)
– Es Sulaiman (Ephemeral)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected