Phenomistik – As Sahar II [EP, 2021]

0

Bekas ahli-ahli As Sahar kembali bersatu sebagai Phenomistik dan kembali dengan keluaran terkini berjudul As Sahar II yang diterbitkan melalui Shah Honda Music. Sebahagian trek-treknya pernah dikeluarkan dalam EP pertama Phenomistik dan  kompilasi lain. Manakala rakaman terkini 2021 pun rata-ratanya adalah rakaman semula daripada band lama mereka kecuali Nightcall Kuntilakhnath dan و. Jadi I guess, ini EP dengan enhanced material?

Let’s talk about the newer stuff. Nightcall Kuntilakhnath has One Barchiel trademark riffs all over it, yang mendefinisikan Eastern Black Metal sejak dari dulu. Sebuah trek yang panjang tapi berbaloi dengan dinamik yang berubah-ubah, daripada permulaan berasaskan gitar akustik, kepada Black Metal bermelodik yang rancak mengasak, kepada 2 minit terakhir yang crawling dengan feel majestic dan dingin. Trek terbaru kedua و yang bersalut riff berinspirasikan muzik Nusantara (sekali dengar macam campuran era As Sahar Beyond Firmament dan Bugis); siap recreate melodi lagu Wau Bulan lagi haha. Baki trek lain adalah rakaman semula karya As Sahar dari pelbagai era, yang saya rasa ada pun okay, takde pun tak apa.

Tentunya One Barchiel dan Wan Akhzareth masih lagi bersisa dengan semangat Eastern Black Metal melalui execution 2 trek terbaru. Obviously masih memanfaatkan riff dan lenggok Melayu yang mysterious dan exotic, mungkin selepas ini mereka boleh melangkah keluar daripada bayang As Sahar (duhh obviously mereka tonggak utama band ini dahulu!) dan kembali menerajui takhta Eastern Black Meta acuan mereka sendiri, which is probably well under way. Saya mengharapkan terbitan akan datang akan mempunyai vibe seperti Nightcall Kuntilakhnath because honestly, it made me feel like a 15 year old boy yang pertama kali dengar Eastern Black Metal many, many, many years ago!

As Sahar II kini terdapat dalam format CD dan (akan datang) kaset.

FFO: old As Sahar, Sargeist, Langsuir, Darkthrone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected