Cynic – Ascension Codes [Full Length, 2021]

0

Kembalinya veteran Progressive Metal AS, Cynic dengan album terkini sememangnya mengejutkan. Tambahan pula selepas kehilangan separuh daripada line-up asal; Sean Reinert dan Sean Malone, saya menjangkakan output Paul Masvidal akan terjejas selepas melalui tahun-tahun penuh gelombang; pandemik dan kematian kedua-dua Sean. Namun ‘Ascension Codes’ yang terbit melalui Season of Mist menidakkan segalanya dan bertindak seakan tribute yang cukup beautiful kepada ahli-ahli Cynic yang telah pergi. 

Adakah ini titik pengakhiran Cynic? Jika benar, ia adalah the grand exit namun jika tidak, this marks another era of greatness untuk lagenda Prog Metal ini. Ascension Codes mempunyai feel yang space-y dan somehow lebih uplifting dengan arrangement yang membangkitkan mood seakan terbang menembusi awan, ke angkasa raya dan mungkin, ke destinasi terakhir manusia. Ascension Codes adalah atmospheric, emotional, deep dan bukti Cynic still got it. Setiap trek album ini akan diselangi dengan sedikit ambient-like piece untuk set the mood yang disumbangkan pemuzik jemputan Cynic. Saya merasakan setiap trek, setiap ambient piece yang dihidangkan ditulis, dirangka, dan dipersembahkan dengan begitu cantik sehinggakan susah untuk saya point out sebarang kelemahan. Saya langsung tidak hilang fokus sepanjang mendengar Ascension Codes (saya selalu hilang fokus bila dengar Prog Metal yang panjang-panjang), tambahan pula dengan demonstrasi kemahiran gitar, synth/keyboard, dram dan vokal yang top notch. Bercakap tentang vokal, Paul Masvidal hanya utilize clean vokal dengan sentuhan efek yang minimum (berbanding menggunakan Vocoder dalam Focus) yang menjadi dalam memberikan feel ascended to the space and beyond. 

Sememangnya Ascension Codes adalah usaha yang sangat cemerlang dari segala aspek. Ia adalah tribute yang fitting untuk mengingati pemergian ahli mereka yang telah tiada dan cemented their name as one of the top Progressive Metal acts dengan healthy balance of Ambient build-up, mindbending arrangement dan semestinya dos Progressive Metal yang secukupnya. Album of the Year? Yes.

Ascension Codes kini terdapat dalam format CD, piring hitam, kaset dan muat turun digital.

FFO: Atheist, Death, Aghora, Obscura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected