Perpetual – Grind Your Mind (2013)

0

Perpetual merupakan antara nama lama yang menjadi antara penggerak irama Grindcore di Borneo. Ditubuhkan pada 1995, band yang bermastautin di Sandakan Sabah ini kembali menghangat pentas2 music berdistortion. Terkini mereka menghasilkan sebuah album penuh berjudul Grind Your Mind yang dirilis pada penghujung 2013 dibawah label The Noise Productions. Berbekalkan 10 buah lagu, gua rasa Grind Your Mind perlu dijadikan koleksi terutama penggemar irama kental berdurasi pendek. Ini bukan produk sebarangan kerana mutu bunyi yang dihasilkan adalah membanggakan.

Cover artwork oleh Ironwork Gravefix
Design and layout oleh Azan Ridzuan
Tracklist :
1 – The Intruders
2 – Grind Your Mind
3 – The Downfall of Humankind
4 – Deadworld
5 – New World Destroyer
6 – Insanity of War
7 – Disversus Suspicio
8 – Dominator
9 – Protector of the Truth
10 – Life Disorder

Grind Your Mind melalui proses rakaman di Chromatic Studio, Sandakan Sabah sekitar February sehingga Jun 2013. Proses mix dan mastering dilakukan sekitar Julai 2013 oleh Es Chromatic dan Perpetual sendiri. Track bertajuk Protector of the Truth merupakan rakaman semula track dari rehearsal tape 1996. Es Chromatic yang bertindak sebagai sound engineer untuk rakaman ini turut menyumbangkan solo gitar untuk track ke 3 bertajuk The Downfall of Humankind.

Ok, untuk produk bergenre grindcore gua tak mau review song by song kerana durasi lagu sekitar 1 minit ke 2 minit lebih saja. haha.. Lagu paling panjang durasinya 3 minit 19 saat iaitu The Downfall of Humankind.Perlu disebut intro pasal Kiram ada diselit diawal intro track pertama..haha..

Secara teknikalnya, sound produksi Grind Your Mind adalah bagus dan menepati kehendak empunya gegendang telinga yang menginginkan sound2 yang profesional. Keseimbangan yang baek hasil proses mixing yang cantek dari sound engineer rakaman album ini. Mungkin sedikit tinggi level bunyi bass gitar dimana pada gua sound bass berdistortion ini kadangkala agak lazat didengar terutama ketika tanpa layer gitar berdistortion dimainkan. Kredit kepada kesemua line up yang ternyata memberikan komitmen yang baek untuk rakaman ini. Jika kebanyakan penggemar irama grindcore dan x lupa juga band2 yang menghasilkan irama grindcore lebih menyukai sound raw, Perpetual muncul sebaliknya. Bersesuaian dengan status album penuh dan jangka hayat band ini yang ternyata sudah matang, maka produk seprofesional ini dihasilkan dan pada gua ianya membanggakan.

Grind Your Mind boleh dimiliki dengan harga RM20 by hand atau RM25 melalui pembelian secara pos. Dibawah ni disertakan preview song untuk habuan telinga anda. In Grind We Trust!!!

Email
Facebook
Reverbnation
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected