Norse – The Divine Light of a New Sun (2017)

0

Norse merupakan sebuah unit Black Metal dari Southern Highland, Australia. Dengan duo line up yang masih kekal iaitu ADR dan Forge, Norse sebenarnya telah menghasilkan 2 buah album penuh dan 2 buah EP sebelum The Divine Light of a New Sun bakal menjengah pasaran pada 25 May 2017. Transcending Obscurity menjadi label naungan Norse setelah previous released dikeluarkan secara indiependent oleh mereka sendiri. The Divine Light of a New Sun (2017) dikeluarkan dalam 3 format iaitu vinyl (limited), CD dan digital.

ADR (All vocals and lyrics/ concepts)
Forge (Instruments / composition)

Tracklist :

1 – Supreme Vertical Ascent
2 – Drowned by Hope
3 – Telum Vitae
4 – The Divine Light of a New Sun
5 – Exitus
6 – Synapses Spun as Silk
7 – Sandarkan
8 – Arriving in Peace, Pregnant with War
9 – Cyclic

Jika dilihat pada laman facebook mereka, The Divine Light of a New Sun (2017) telah melalui proses rakaman sekitar suku pertama 2016. Penantian ini berakhir pada pertengahan 2017 apabila ianya dikeluarkan secara rasmi oleh Transcending Obscurity pada 25 May 2017. Owner label memilih album ini antara release terbaik dari label nya untuk 2017 setakat ini.

Sepanjang menghayati album ini, gua boleh simpulkan The Divine Light of a New Sun (2017) berada dalam lingkungan Black Metal yang penuh kesuraman dari segi musicnya walaupun ada perubahan ke arah progressive dari previous released mereka iaitu Pest (EP2014). Music mereka ketara dalam kegelapan yang seakan menggambarkan masa depan yang suram (ekspresi gua sepanjang mendengar album ini).

Musicwise, ini album yang di lakukan mixing yang baik walaupun tone gitar agak lembap dan berat bersama bass berdistortion. Drum yang sukar diduga blastbeat nya dan komposisi lagu yang pelik. Overall sound yang di blend bersama adakala kedengaran seakan sedikit Industrial. Untuk bahagian vocal ternyata ARD punya karekter yang bagus dalam menyampaikan mesej kegelapan yang ditulisnya. Emosi dan penghayatan yang bagus boleh di dengar dalam setiap jerit pekik beliau.

Kenali Norse melalui link yang di sediakan dibawah. Juga untuk urusan pembelian fizikal copies iaitu vinyl dan CD dila berhubung directly dengan Transcending Obscurity. Juga kepada pembeli format digital boleh ke laman bandcamp mereka.

Norse
Email (Band)
Email (General Manager)
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity
Email
Official Website
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected