No Security – Drunk & Destroy (2016)
Bukit Bintang Pyrate Punx Crue merupakan antara komuniti punk yang mana disitu lah munculnya sebuah band Punk paling havoc iaitu The Security. Drunk & Destroy adalah material gila dari No Security dimana ianya adalah produk pertama sebuah label bernama Pogo Tapes. Bercakap mengenai The Security, mereka adalah sebuah band punk yang pada gua punya music yang keras, pantas dan mampu menghuru-hara kan pentas gig.
Drunk & Destroy (2016) merupakan rakaman raw yang masih boleh dihadam setiap permainan instrumentnya dimana Insider Studio milik Chino dipilih sebagai studio rakaman.
Sepanjang tape ini dimainkan gua beranggapan No Security adalah sebuah band Punk yang benar2 rebel dan all out dalam setiap karya ciptaan mereka. Track2 rancak, pantas mereka benar2 bertenaga dan pasti boleh menghuru hara kan moshpit jika dimainkan secara live. Pechah dan Hipokrit dua track berbahasa Melayu ternyata cukup bertenaga dari segenap sudut. Disamping itu track seperti Sympthy, Life, Drunk & Destroy dan Claim Yourself juga turut boleh mencetuskan suasana chaos untuk persembahan pentas.
Dari segi sound produksi, ini produk yang agak raw namun setiap instrument masih boleh dihadam dengan baik. Sesuai juga dengan konsep chaos punk seperti dibawa No Security. Tidak perlu rakaman yang bersih untuk meneruskan konsep dan sound punk sebegini.
Difahamkan tape ini telah 3X diulang cetak. Jika berminat sila hubungi band, Pogo Tapes atau mana label indiependent tempatan yang ada mendistrokan tape ini. Juga difahamkan No Security bakal mengeluarkan EP terbaru ketika artikel ini ditulis. Cekidaut punk!!!
No Security boleh dihubungi dan dikenali melalui email dan laman sesawang facebook mereka yg kami sediakan dibawah. Penggemar irama punk dengan kelajuan pantas adalah direkomen!!