Nile – What Should Not Be Unearthed (2015)

0

Nile sebuah band Death Metal tegar dari Greenville, South Carolina ini rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pendengar2 irama keras. Menghasilkan album penuh ke lapan dengan tajuk What Should Not Be Unearthed dan masih dengan gaya cerita purba Mesir. Ketaksuban Karl Sander dalam penghasilan lirik sejarah agung Mesir ini membuatkan Nile antara band yang unik disamping tahap teknikal dan kelajuan cara permainan instrument setiap line up.

Karl Sanders – Guitars, Bass, Vocals, Keyboards, Bağlama, Saz, Bouzouki
Dallas Toler-Wade – Guitars, Bass, Vocals
George Kollias – Drums, Percussion
Brad Parris – Bass, Vocals
Artwork oleh Michal “Xaay” Loranc
Tracklist :
1 – Call to Destruction
2 – Negating the Abominable Coils of Apep
3 – Liber Stellae Rubeae
4 – In the Name of Amun
5 – What Should Not Be Unearthed
6 – Evil to Cast Out Evil
7 – Age of Famine
8 – Ushabti Reanimator (Instrumental)
9 – Rape of the Black Earth
10 – To Walk Forth from Flames Unscathed 

What Should Not Be Unearthed (2015) melalui proses rakaman di Serpent Headed Studio, USA kecuali track drum di Soundlab, Colombia oleh Bob Moore. Proses adunan dilakukan di OTB oleh Neil Kernon. What Should Not Be Unearthed dikeluarkan secara rasmi oleh Nuclear Blast.

Nile – Call to Destruction


Call to Destruction merupakan single pertama yang sedikit mengundang kontraversi sama seperti track pertama dari Those Whom The Gods Detest (2009) iaitu Kafir. Sebuah track yang cukup padu serba serbi dari segi permainan instrument, vocal juga lirik yang boleh di tafsir kepada beberapa persepsi. 3 tahun yang ditinggalkan setelah At The Gates of Sethu (2012) nampak gaya nya berbaloi walau dengan pendengaran untuk track pertama ini.

What Should Not Be Unearthed jika dilihat seakan sambungan kepada album ke 6 bertajuk Those Whom The Gods Detest yang dipasarkan pada 2009. Dengan sound produksi yang keras, berat, padat ianya seakan peningkatan dari apa yang dilakukan di dalam At The Gate Of Sethu (2012) yang mana sound produksinya agak sedikit ringan (terutama sound/tone gitar yang sedikit ringan) walaupun struktur lagu masih mencabar untuk dimainkan.

Dari segi skill permainan instrument, jelas sekali Nile berhempas pulas untuk menghasilkan yang terbaek untuk album ini. Dallas Toler-Wade mungkin paling “pedih” untuk tugasan sebagai vocalist/gitarist kerana riffing2 yang laju pasti memerlukan latihan yang padat (ada 1 video live gua tengok Nile main lagu Call of Destruction, Evil to Cast Out Evil dan In the Name of Amun, memang guitarwork sangat menggila untuk gitarist yang turut memegang posisi tukang pekik). Karl Sanders masih menyumbangkan suara walaupun hanya sekali sekala manakala Brad Parris selaku bassist terbaru (tidak pasti posisi tetap atau session) turut menyumbangkan vocal latar dalam persembahan live. George Kollias sudah ternyata bagaikan mesin. Untuk pengetahuan umum George Kollias yang juga antara komposer utama bersama Karl Sander untuk album ini turut melahirkan album solo bertajuk Invictus beberapa bulan sebelum What Should Not Be Unearthed dipasarkan. Season of Mist menjadi label yang mengeluarkan album solo George Kollias. Nak dengar bagaimana pemain drum Nile ini mendominasi keseluruhan album sebagai komposer, vocalist, gitarist, bassist dan drummer, sila dapatkan Invictus. Gua cuba untuk review album solo ini jika ada kesempatan.

Lagu pilihan Call to Destruction, Liber Stellae Rubeae dan Rape of the Black Earth. Gua akui sukar untuk menilai satu persatu track yang terkandung. Hahaha.. ini kerana kesemua track cukup padat, pantas, berat, teknikal dan kental.

Nile – Evil to Cast Out Evil (Live)


Nile – What Should Not Be Unearthed (2015) boleh diperolehi dalam beberapa format seperti CD dan vinyl. Hubungi Nuclear Blast untuk pembelian atau melalui distro2 atau toko2 music besar tempatan. kaki ebay, no problem..

Official Website
Facebook
Twitter
Nuclear Blast Records

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *