Ben’s Bitches – Pakatan Maut (2015)

0

Sesi temubual bersama Ben’s Bitches telah kami publish pada awal Oktober. Boleh baca DISINI. Ok, kali ni kami akan review album terbaru iaitu Pakatan Maut pula. Band yang penuh kontraversi dan kecoh ini berpusat di Kuala Lumpur. Pada awalnya Ben’s Bitches jelas punya pengaruh Punk Rock yang kuat terutama dari 2 album terdahulu namun untuk Pakatan Maut, gua boleh katakan ini sebuah album yang agak berlainan dari apa yang telah dihasilkan terdahulu. Ok, jom gua cerita lebih detail pasal album ni.

 Kahock (drums), Ben (vocal/gitar), Khang (vocal/bass), Azmyl (vocal/tamborin,harmonica), Jason (gitar/perkusi)
Artwork oleh KhanVas

Tracklist :

 1 – Kecoh
2 – Dunia Neraka
3 – Separuh Hit’z
4 – Kenang
5 – Sendiri Mau Ingat
6 – Sehari Dalam Kehidupan
7 – Ini Gitar Mak Aku
8 – SS (Syiok Sendiri)
9 – I Dun Like U! Ke Na POW!
10 – Masalah Dengan Cicak Kobain
11 – Tergelakku Sendiri
12 – Burung Tanpa Sayap

Pakatan Maut melalui proses rakaman di beberapa buah studio seperti Kerbau Studio (rakaman drum diselenggara oleh Bullet dan Joe Kidd), Ark Studio (juga rakaman drum oleh Keith Yong), King’s Studio (rakaman vocal dan perkusi oleh Kahock) dan Studio SS14 (rakaman gitar dan bass oleh Jason).

Sepanjang gua menghayati album ini, gua beranggapan Pakatan Maut adalah sebuah album yang agak punya kepelbagaian genre didalam nya. Jika melalui 2 album terdahulu intipati music nya lebih cenderung kepada Punk Rock, tetapi Pakatan Maut lebih bervariasi. Tidak sekadar Punk Rock, genre seperti Country, Rock, Blues, Cha Cha turut diselitkan melalui lagu2 yang terkandung didalam album ini.

Dari segi sound produksi, Pakatan Maut masih mengekalkan tahap rakaman profesional dimana keseimbangan kesemua instrument ternyata bagus. Sound overall mungkin agak sedikit ringan jika dibandingkan dengan 2 album terdahulu. Ini mungkin (mengikut anggapan gua lah..) kerana untuk menyesuaikan kepelbagaian lagu mengikut genre yang pelbagai yang pasti tidak terlalu tepu Punk Rock nya seperti album2 terdahulu.

Menariknya, Pakatan Maut punya lebih gitar solo dan ternyata Jason adalah gitarist yang berwibawa. Nyanyian pula kedengaran kurang sekali penggunaan bahasa baku seperti apa yang boleh didengar dari album2 terdahulu. Kepelbagaian nada suara dalam lagu2 juga kerana kali ini Ben’s Bitches tampil dengan line up yang berkemampuan menyanyi seperti Azmyl (juga punya band bernama Azmyl Yunor & Orkes Padu) serta Khang yang juga berkemampuan selain menggalas tugasan sebagai pemain bass. Selain bab instrument, Pakatan Maut juga boleh disimpulkan sebagai sebuah album yang punya lirik yang agak “makan dalam”.. hahaha.. lirik yang masih mengenai realiti kehidupan dan tahap kelucahan juga sudah dikurangkan. Hahahaha

Ben’s Bitches pada gua adalah band yang mampu menghasilkan lagu2 yang boleh dijual atau dimainkan radio mainstream namun mereka lebih memilih untuk menjadikan ianya bukan pilihan radio arus perdana dengan lirik2 keras dan sedikit lucah dan geli2. Untuk jenama music bawaan Ben’s Bitches, sebenarnya Pakatan Maut dan album2 terdahulu memang menampakkan kemampuan dari segi olahan lagu. Anda nak Green Day? ada saja lagu2 seperti Green Day, anda nak Blink 182?? Ada saja.. Santana? hahh ada jugak.. untuk lagu2 akan datang gua pun xtau apa lagi bakal mereka bikin.

Feberet songs dari gua Kenang, Syiok Sendiri, Tergelakku Sendiri dan Burung Tanpa Sayap.

Ok, dapatkan Pakatan Maut dalam format pocket CD beserta helaian lirik panjang lebar dengan harga RM20 by hand atau RM30 by postage. Hubungi Ben’s Bitches melalui laman facebook mereka dibawah ini. Ini band memang kecoh!!!

Ben’s Bitches – Live at Merdekarya


Facebook
Reverbnation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected