Negation/Wallcollapse – Split 2016
Grind Planet adalah satu label tempatan yang rasanya hanya menghasilkan release dalam format kaset. Satu format yg masih mengekalkan sound analog. Negation yang dah boleh capai tahap legend grindcore tanahair dan Wallcollapse dari Brisbane, Australia telah bergabung dalam sebuah split tape yang menghidangkan track2 berdurasi pendek. Nama pun grindcore haha dan kepada yang merindui Negation, ini adalah rakaman lagu2 baru mereka.
Kesemua track dari Negation melalui proses rakaman di BMW Studio sekitar Oktober hingga November 2015 dan diselenggara oleh Bakri dan Jamu.
Kelapan-lapan track adalah rakaman lagu2 terbaru Negation. Bermula dengan intro sound sample filem Allahyarham P.Ramlee dan ditujah dengan rejaman grindcore kental. Apa yang boleh gua simpulkan karya terbaru ini lebih huru hara komposisi, lebih tight, lebih liar gaya jeritan vocalistnya. Mungkin ini fasa terbaru Negation yang gua rasa lain sikit dari Negation yang gua dengar sebelum2 ini.
Kesemua tracks dari Wallcollapse melalui proses rakaman dan adunan di Granny Studios, West End & Slog Studios, Acacia Ridge sekitar Oktober sehingga November 2015.
Sesuatu yang menarik berkenaan Wallcollapse ialah mereka menggunakan female vocalist. Namun kemampuan Ingrid tidak boleh disangkal. Sukar juga untuk menduga pengaruh sebenar band ini namun dapat didengar beberapa riffing yang sedikit bermelodi pantas dengan sentuhan punk/hardcore. Gua andaikan penggemar irama Crusty tahap berat dapat menerima karya Wallcollapse. Crusty + Punk + Hardcore + Grind = Wallcollapse!
Split tape ini boleh dibeli dengan harga RM10 by hand atau RM16 by postage. Sila hubungi Grind Planet atau band terlibat melalui email dan laman sesawang yang disertakan dibawah. Tape ini hanya dikeluarkan secara limited 100 unit sahaja.