Neftaraka – Morts (2012)
Band ini telah kami review album pertama mereka iaitu Eternal Harsh yang rilis pada 2010, juga sesi interview yang dilakukan baru2 ini (boleh klik sini untuk baca) dan seperti dinyatakan dalam sesi tersebut album kedua mereka bertajuk Morts akan menemui pendengar pada awal 2012. Album yang dikeluarkan oleh sebuah label indiependent United Kingdom iaitu Eldritch Lunar Miasma Records ini menemui pendengar pada 21 Januari 2012 dalam format CD dan kaset. Selaku frontman Neftaraka dan empunya label sendiri Xxul turut mengedarkan album ini melalui Eastern Myth Records.
Tracklist :
1. Rituale
2. Sufferance
3. Morbid
4. Legions (Silverian Kvlt)
5. Pandemonium
6. F.O.A.D.A
7. Anttarra Solitude
8. Morts
2. Sufferance
3. Morbid
4. Legions (Silverian Kvlt)
5. Pandemonium
6. F.O.A.D.A
7. Anttarra Solitude
8. Morts
Morts melalui proses rakaman di Unholy Necro X Studio. Engineer untuk rakaman ini ialah Mr Amergeddon. Proses rakaman bermula dari January 2010 sehingga September 2011.
Rituale mrupakan intro yang kedengaran seperti bunyian sebuah tempat penyeksaan manusia. Cukup mencemaskan seakan menggambarkan situasi seseorang yang cuba melarikan diri dari diseksa (macam kena potong anggota badan dengan chainsaw).
Sufferance menjadi track pertama bervocal. Suatu kelainan dari material2 Neftaraka terdahulu. Riffing berlainan dimainkan untuk stereo side namun mood yg dihasilkan jelas menggambarkan suasana penuh kerisauan dan menyeramkan. Vocal Xxul menggunakan kesan echo untuk menambah kengerian track ini.
Morbid juga punya kelainan dimana permulaan track terdapat solo gitar yang menghidupkan lagi rhytm gtar sebelum suasana menjadi perlahan dan plucking berdistortion dimainkan. Ketika ini juga vocal yang sangat ngeri memulakan tugas seakan merintih. Bahagian attack mengembalikan mood gelap dan terseksa yang menjadi trademark Neftaraka. Riffing yang kadangkala membawa mood penuh depressive malah
turut kedengaran seakan menyedihkan.
turut kedengaran seakan menyedihkan.
Legion (Silverian Kvlt) terus menyerang tanpa sebarang tanda dan belas kasihan. Mood yang mengingatkan gua pada material2 Neftaraka terdahulu. Sebuah track yang bermula dengan mood suram namun berubah ditengah2 track seakan menggambarkan keberanian menentang sesuatu. Namun begitu track ini turut kedengaran sedikit melodic.
Pandemonium bermula mendatar dengan kepelbagaian pembawaan vocal sebelum tempo dilajukan. Verse kedua menyaksikan penggunaan progression chord yang agak pelik namun masih da lam mood yg gelap. Ketika Xxul seakan bercakap dikala music latar dalam tempo perlahan mengingatkan gua pada lagu Nebiras Les Secret De Secret dari EP terakhir mereka. Ketika track seakan berakhir tiba2 lagu diteruskan dengan serangan tanpa belas dan penamat yang mengejut.
F.O.A.D.A merupakan track yang pernah terkandung didalam EP Raw is Law. Ya ianya masih seperti track terdahulu. Menariknya vocal yang saling serang menyerang tanpa henti dari awal hingga akhir.
Anttarra Solitude bermula dengan bunyian seakan berada di tanah gersang yang berasap. Seakan menggambarkan keadaan suatu tempat yang mengalami kehancuran. Ketika kesemua instrument memulakan rentak masing2, Merupakan track kedua yang menyelitkan solo gitar yang langsung tidak berteknikal namun memadai untuk menggambarkan suasana dan mood keseluruhan lagu.
Morts bermula dengan mantera melayu yang boleh bikin anda menoleh ketingkap jika bersendirian dimalam hari. Ketika lagu mula berkumandang, gua terasa seperti mendengar album2 kult Darkthrone. Sebuah track yang riffing gitar nya melahirkan rasa seram dan tertekan.
Kesimpulan yang boleh gua katakan setelah mentelaah album ini ialah Morts merupakan sebuah album yang paling berlainan dari hasil2 terdahulu Neftaraka. Mungkin paling tepat jika gua katakan ianya menghidangkan sound paling clean namun jika diamati dengan penuh ketelitian, unsur2 Raw dapat dihidu. Sememangnya sound yang unpolished (dinyatakan dalam intebiu sebelum ini) digarap bersama ketika proses mixing. Malah ada beberapa part vocal yang seakan sengaja di over level kan tetapi dicantikkan agar bunyi tersebut tidak mengganggu sound keseluruhan lagu. Ianya seakan merakam track gitar menggunakan walkman dan diterjemahkan (transfer) ke bentuk wave ketika menggunakan perisian rakaman sebelum diedit agar kedengaran baik. Ok itu pandangan ikhlas gua ketika mengamati Morts.
Neftaraka juga bijak dalam mengabadikan unsur raw dan ugly dalam penyampaian lagu2 mereka. Track bertajuk Pandemonium menyaksikan bagaimana Neftaraka menggayakan bawaan vocal yang pada gua sungguh buruk namun itulah yang dikehendaki kerana mereka berjaya menjiwai betapa buruknya mood yang disepatutnya terdapat didalam lagu tersebut.
Ok, untuk dapatkan Morts yang hanya dikeluarkan secara limited, anda boleh menghubungi Neftaraka melalui label mereka sendiri iaitu Eastern Myth Records atau secara terus melalui Eldritch Lunar Miasma Records. Kedua2 link label berkenaan kami sediakan dibawah ini. Bersedialah untuk melayan music paling beremosi dari Neftaraka.