Neftaraka / Al-Azazhil – Amidst The Deepest of Voidness (Split 2015)
Dua unit Black Metal iaitu Neftaraka dari Perak dan Al-Azazhil dari Pahang/Shah Alam bergabung dalam menghasilkan sebuah split album bertajuk Amidst The Deepest of Voidness (Split 2015) yang rilis pada awal 2015. Sori gua agak lewat mendapatkan material berformat analog iaitu kaset ini. Masing-masing muncul dengan 5 buah lagu termasuk sebuah lagu saduran bagi setiap band. Amidst The Deepest of Voidness (Split 2015) ini dikeluarkan oleh sebuah label bernama Casus Luciferi.
Untuk 5 buah track dari Al-Azazhil, gua boleh andaikan ianya diambil dari 2 rakaman berlainan. 2 track terawal sebenarnya boleh adalah preview awal kepada EP yang terbit selepas split ini bertajuk Forbidden Kalth yang dikeluarkan pada Julai 2015. Fasa kedua track dalam split ini di ambil dari album Pope Phaligh Bhunian Weighh (2011). Ini era Al-Azahil masih kental dengan pengaruh As-Sahar dan Eastern Metal nya. Lagu saduran dari As Sahar iaitu As I Seek The Anvil gua rasa berjaya dibawa dengan baek sekali dan mutu rakaman yang bagus. Ok, pada gua ini adalah pengenalan Al-Azazhil dalam hala tuju music mereka yang terkini. Gua rasa akan ada sesi temubual antara DtE bersama Al-Azazhil dalam masa terdekat.
Amidst The Deepest of Voidness (Split 2015) yang dikeluarkan dalam format kaset ini boleh diperolehi dengan harga RM15 by hand. Gua tak pasti masih ada saki baki atau sold-out kerana ianya hanya dikeluarkan secara limited sebanyak 150 copies sahaja. Sila berhubung dengan pihak label Casus Luciferi atau direct dengan band melalui laman sesawang dan email yang disertakan dibawah.