Necromation – Extinction And Wretchedry (EP 2013)
Ditubuhkan pada awal 2003 dengan nama Horrorgath, dan telah menghasilkan 4 rilisan dari demo tape, promo dan sebuah EP, terkini Necromation iaini sebuah band dari Beaufort, Sabah yang berteraskan irama Death Metal tampil dengan sebuah EP terbaru bertajuk Extinction And Wretchedry. Berada dibawah label Earblast Records, EP ini menampakkan kemajuan ketara dari segi song arrangement dan kualiti rakaman.
Tracklist :
Extinction And Wretchedry melalui proses rakaman di Corpsevomit Studio, Beaufort Sabah. Proses adunan dan mastering dilakukan oleh Kevin H. bertempat di Helvete Studio Kota Kinabalu.
Eliminate All menjadi track pengenalan music bawaan Necromation. Keras kental dan berat adalah terma2 yang wajib disebut setelah mendengar track pertama Necromation. Menarik sekali komposisi lagu ini. Juga solo gitar yang memang kena dengan konsep sebegini.
The Blood Drips Below masih seperti track pertama. Kental dan keras. Dengan hentaman drum dan riffing bersound berat memang ini juga antara track yang hebat.
Redempting My Soreness merupakan salah satu track pilihan gua. Punya susunan dan flow yang bagus sepanjang komposisi lagu. Agak menarik dan terasa ingin headbang. Serius wa cakap lu!
Consumed Within masih dalam kondisi sasma seperti track2 terdahulu.Dari segi komposisi gua rasa track ini agak teknikal untuk dimainkan.
Perish For The Weak menjadi track terakhir dimana pada gua masih sama flow dan struktur penciptaan lagu seperti track2 terdahulu.
Untuk sound produksi rasanya hasil Extinction And Wretchedry sudah boleh dibanggakan. Hasil kerja Kevin H (kalau x silap gua bandmate Crown Ov Horns) selaku sound engineer rakaman semakin meningkat. Setiap instrument kedengaran seimbang untuk level mixing nya. Cuma pada pendapat gua jika produk sebegini dipertingkatkan lagi mutu masteringnya pasti ianya akan kedengaran lebih meletup!!! Walaubagaimana pun sound produksi yang dikeluarkan setakat ini sudah boleh membuatkan pendengar2 luar negara faham akan kemampuan band2 tempatan dalam mendefinisikan apa itu Death metal sebenar!
Sekali dengar mungkin boleh digambarkan genre paling sesuai dibawa Necromation ialah Death Metal yang agak agresif. Pengaruh paling kental sepanjang pendengaran gua terhadap EP ini ialah Cannibal Corpse. Tidak jauh beza corak permainan, pattern lagu serta pembawaan Necromation jika dibandingkan dengan Cannibal Corpse. Sebuah lagi band dari Sabah (daerah Beaufort) yang punya potensi untuk pergi lebih jauh. Gua rasa kesemua line up band ini punya soul yang kuat dalam apa yang mereka hasilkan iaitu Death Metal yang sebenar!
Dapatkan Extinction And Wretchedry melalui Earblast Records dengan harga RM15 postpaid. Link untuk menghubungi Earblast Records ada kami sediakan dibawah video dibawah ini.