Myrkur – M (2015)

0

Sejak hujung 2015 sampai awal 2016 telinga gua asyik dengar band2 Black Metal yang agak gelap, music yang bagus, talented dan ramai tidak kenal seperti mana semua orang kenal Dimmu Borgir. Hahaha.. Gua rasa gua kena cerita juga pasal Myrkur. Band ini asalnya adalah one-women project oleh Amalie Bruun. Pada 2014 menghasilkan sebuah EP bertajuk Myrkur dibawah Relapse. Pada Ogos 2015 sebuah album penuh dihasilkan bertajuk M. Sebagai mukadimah Myrkur membawa maksud kegelapan (darkness) dalam bahasa Iceland. Myrkur asalnya adalah dari Denmark namun terkini di USA. Jika anda pendengar Ulver dan Darkthrone lama mungkin boleh hadap sikit album ni. Kalau nak imagin, boleh combine sikit 2 band tu dan tambah dengan sound2 sonic yang subjektif jugak gua nak huraikan. Nanti kat bawah gua bagi la preview lagu2 Myrkur. Dan suara lunak pompuan si Amalie Bruun ni pun power.

Amalie Bruun

Design oleh Orion Landau

Myrkur – M (2015)

Tracklist :
1 – Skøgen. skulle. dø
2 – Hævnen
3 – Onde. børn
4 – Vølvens. spådom
5 – Jeg. er. guden,. i. er. tjenerne
6 – Nordlys
7 – Mordet
8 – Byssan. lull
9 – Dybt. i. skoven
10 – Skaði
11 – Norn
12 – Skaði – Demo (Bonus Track) – Deluxe Edition only

M (2015) melalui proses rakaman di Norway dibawah seliaan Kristoffer Rygg dari band Ulver. Juga sentuhan gitar dari Teloch (Mayhem, Nidingr), Øyvind Myrvoll (Nidingr) untuk posisi drum, Ole-Henrik Moe (Ulver) diposisi Violin serta beberapa lagi nama lain termasuk Christopher Amott (adik kepada Michael Amott gitarist Arch Enemy). Ok, secara teknikal nya rakaman album ini telah menggunakan Garm sebagai penerbit juga juruadun dibantu oleh Anders Møller manakala Jaime Gomez Arellano bertanggungjawap dalam proses mastering. Myrkur turut serta sebagai penerbit untuk album ini.

Untuk persembahan live Myrkur turut dibantu oleh Teloch (Guitars), Øyvind Myrvoll (Drums) dan Sir (Bass). Paling menarik Myrkur turut mengundang Det Norske Jentekor (“The Norwegian Girl’s Choir”) dalam persembahan live pertama beliau di Danish Roskilde Festival pada Julai 2015.

Secara peribadi gua beranggapan Myrkur merupakan salah satu perkara dalam dunia Black metal yang akan mendapat perhatian. Antara diminati atau dibenci. Hahaha.. Namun pada gua ia satu percubaan berani dari Amalie Bruun sepanjang penglibatan beliau dalam kehidupan bermuzik. Kemampuan menyanyi dengan baek (kadang2 dah macam dengar Liv Kristin) dan kemampuan scream beliau juga boleh tahan. Bakat dalam bermain alat muzik seperti gitar dan piano memudahkan beliau dalam proses komposisi lagu. Juga boleh jadi kerana darah dari ahli keluarga beliau yang memang terlebih dahulu hidup dalam dunia muzik.

Ok, gua tak pasti adakah album ini boleh diperolehi di Malaysia. yang pasti gua kena berkira2 juga untuk tangkap 1 copy melalui pembelian dari luar negara sebagai salah satu koleksi simpanan gua sendiri. Ok, layan dulu preview song yang gua sertakan dibawah. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected