My Silent Wake – Damnium Per Saeculorum
My Silent Wake adalah sebuah unit Doom/Death Metal dari United Kingdom. Namun untuk terbitan penuh berjudul Damnium Per Saeculorum diterbitkan Opa Loka Records ini, mereka memainkan stail akustik, atau lebih tepatnya, akustik berperisa medieval dan folk.
Sebenarnya saya tertanya-tanya apakah muzik medieval sebenar berbunyi memandangkan reference saya kebanyakan datang daripada filem-filem yang saya tonton. Dan stail dibawa album ini nampaknya aligned pulak dengan filem-filem saya tau. Instruments seperti hurdy-gurdy, gendang dan pelbagai strings mewarnai album ini, sekalipun saya kurang pasti sama ada ia instrument yang asli atau sekadar menggunakan keyboard. Yang penting ada feel medieval la, albeit it’s a sad and pessimistic one.
Disulam pulak dengan suara mendayu, ada kalanya seperti choir chant, ada berbunyi militaristic, memberi diversity sekalipun masih dalam feel sedih-sedih. Terasa macam peasant dalam game Real Time Strategy pun ada, entah kenapa! Terdapat beberapa trek yang menampilkan stail moden seperti bass, gitar elektrik dan sedikit beat dram moden. Yang selebihnya lebih kepada mood medieval.
Saya sebenarnya keliru nak letak penggunaan term ‘medieval’ ni memandangkan saya langsung tak tahu bagaimana bunyi muzik zaman pertengahan, namun saya rasa wajarlah dikategorikan sebagai folk sahaja. Anda patut cuba mendengar Damnium Per Saeculorum jika menginginkan mood sedih yang berbeza daripada biasa, maksud saya mood sedih berperisa medieval, if you’re interested.
Damnium Per Saeculorum kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: Cities Last Broadcast, Hagalaz Runedance, Corvus Corax, The Moon And The Nightspirit