Misgive – Short Skirts, Shot Guns (EP 2014)

0

Band ni agak tiba2 muncul dan tiba2 juga tangkap gua punya telinga dengan irama catchy Punk Rock buatan mereka. 4 orang hot chicks dari Kota Kinabalu ini menamakan band mereka sebagai Misgive. Ekspresi pertama bila dengar preview lagu diorang kat youtube buat gua berkata “amboi catchy jugak diorang ni buat lagu..” Ok, mungkin time gua tengah tulis atau selepas publish entry ni Misgive sedang atau baru selesai dalam rangka mini tour Semenanjung menuju Singapura sebelum kembali ke Borneo untuk tour seterusnya untuk promosi EP pertama mereka bertajuk “Short Skirts, Shot Guns”. Ok, gua mulakan review…

 Reen (Vocal/Guitars), Yen (Vocal/Bass), Brenda (Lead Guitar), PinPin (Drums)
Design oleh Aks Kwan
Tracklist :
1 – Don’t Need No Words
2 – Short Skirts, Shot Guns
3 – Music Sucks
4 – Fluttered Flags
5 – Broken Society

Short Skirts, Shot Guns melalui proses rakaman di BMT Studio Kota Kinabalu Sabah. Mungkin insan bernama Chester Sinidol ada kena mengena dengan sesi rakaman di BMT Studio seperti dinyatakan didalam pocket CD ini. EP ini dikeluarkan dengan kerjasama Kenny Cleod Productions.

Don’t Need No Words memang kena dijadikan sebagai track pembukaan. Dengan rentak yang rancak ia seakan mengajak anda untuk mendengar apa lagi yang mampu di sajikan oleh 4 gadis ini untuk track2 seterusnya. Ok, track ini mengingatkan gua pada Intoxicated dan Psycho Sonique. Durasi yang pendek tanpa sebarang solo gitar.

Short Skirts, Shot Guns terdahulu telah di rilis sebagai video klip (lihat dipenghujung artikel) masih dengan tenaga serta rentak yang rancak dari riffing dan stroke drum nya. Catchy juga melodi vocal yang dihasilkan. Jika dihafal liriknya mungkin crowd boleh sing-a-long ketika live.

Music Sucks gua rasa punya pengaruh kental dari Green Day dari album2 lama. Tetap rancak tempo dari komposisi nya. Ada sikit2 shout yang menyahut nyanyian si vocalist.

Fluttered Flags agak perlahan tempo permulaan lagu nya. Gaya nyanyian yang bersahaja dan ada sikit solo ringkas sebagai feel-in yang diselit diantara riffing. Ok, sekejap sahaja tempo berlahan ni sebelum Misgive kembali merancakkan track ini. Gua tak tengok lagi live band ni tapi gua dapat rasa track ni dinyanyikan oleh 2 vocalist untuk part sahut menyahut tu.

Broken Society kedengaran sedikit jiwang cara pembawaan vocal nya. Dengan permainan gitar yang tidak menggunakan distortion dan sekadar strumming masih lagi kedengaran tidak lari dari konsep yang dibawa Misgive. Mungkin sound gitar dihasilkan sebegini untuk menambah elemen retro dalam penghasilan lagu.

Dari aspek sound produksi gua boleh kata ini hasil Punk Rock yang agak profesional. Keseimbangan yang jelas kedengaran kesemua instrument yang dimainkan.Resepi Punk Rock yang mudah untuk penggunaan chord serta groove tipikal untuk track drum nya sudah cukup untuk produk Punk Rock sebegini.

Dalam gua dok dengar boleh disimpulkan pengaruh music Misgive ini lebih kepada Punk Rock yang rancak seperti Green Day (old) dan Rancid. Jika band2 local mungkin ada bau2 dewa Punk Rock kita iaitu Subculture. Jika dulu kita ada Intoxicated yang merupakan Punk Rock band yang terdiri dari all girls dan Singapura dengan Psycho Sonique nya, kini Misgive seakan kelahiran semula 2 band ini. Dengan music rancak dan catchy serta penampilan yang agak berani gua berpendapat Misgive boleh menjadi fenomena baru Punk Rock tempatan. Mungkin untuk airplay, Misgive perlu menghasilkan lagu menggunakan bahasa Melayu untuk tarik peminat mainstream ditambah dengan perlu nya mereka aktif dalam show2 untuk memudahkan lagi agar Misgive di kenali di Malaysia. Gua juga berharap band ini boleh bertahan lama dan tidak sekadar menghangatkan persada music tempatan dalam jangkamasa yang singkat. Cun jugak kiranya jika band ini berani melangkah keluar dari Malaysia jika benar2 ingin maju, dikenali dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Misgive ada talent dan boleh pergi lebih jauh jika berani menyahut cabaran gua itu.

Short Skirts, Shot Guns (EP 2014) boleh dibeli dengan harga RM10 by hand dan untuk pembeli dari Semenanjung perlu membayar lebih RM10 untuk cas pos (ini memang rate poslaju dari Borneo ke Semenanjung dan juga sebaliknya). Mungkin juga akan ada label2 yang akan distro EP ini sikit masa lagi dan sila grab awal2 kerana difahamkan EP ini dikeluarkan dalam kuantiti yang limited.

Kenali Misgive menerusi laman sesawang yang kami sediakan dibawah video ini.

Misgive – Short Skirts, Shot Guns


Email
Facebook
Twitter
Reverbnation
Soundcloud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected