Martyrion – Our Dystopia (2016)

0

Martyrion merupakan sebuah band yang menemui rentak terbaru nya terutama selepas kemasukkan vocalist baru iaitu David Schäfer pada 2013. Our Dystopia (2016) merupakan album kedua mereka selepas penghasilan semula album pertama Refugium: Exile (2011) yang diberi nafas baru dengan rakaman semula bersama 4 buah bonus track yang diambil dari persembahan live Metal Frenzy 2015.

 David Schäfer – Vocals
Felix Lüpke – Lead guitar
Marian Freye – Rhythm guitar
Hendrik Franke – Bass
Jannik Baur (Drums)
 Martyrion – Our Dystopia (2016)
Tracklist :
1. Our Dystopia
2. I In The End
3. Genozenith
4. The Calm After The Storm
5. What We Leave Behind
6. We Are Only Human
7. From Reality Into Fear (Feat. Julez from Neverland In Ashes)
8. The End Of Eternity
9. The Uncertain Future Dies Every Day
10. When The World Watches
11. No Fear No Obedience
12. The Storm (Instrumental)
13. With My Eyes Unaffected (Orchestral Version)

Am nya, Martyrion berada dalam lingkungan band2 bergenre Melodic Death Metal. Martyrion menggunakan terma2 penghujung dunia sebagai tema dalam lirik2 mereka. Menganggarkan seakan mereka berada jauh ke depan ketika tahun 2153, Our Dystopia banyak menceritakan keadaan selepas kehancuran dunia dimana ketika itu hanya segelintir sahaja hidupan2 yang berjuang untuk meneruskan kehidupan.

Ok, berbalik kepada konsep music seperti yang dikatakan awal tadi, Martyrion adalah unit yang memperjuangkan irama Melodic Death Metal. Mereka berjaya dalam mengadaptasi lirik2 masa depan kedalam mood setiap lagu2 yang dicipta. Adakala ianya kedengaran begitu modern namun tidak terlalu futuristic seperti apa yang dilakukan band Mechina.

Feel Melodic Death Metal mereka adalah kuat dan tidak termaktub dalam sound band2 Melodic Metalcore. Selain itu sesuatu yang menarik adalah keupayaan vocalist baru mereka yang mampu melakukan growl yang garang dan bagus. Bagi permainan gitar, riffing Melodic tidak jauh beza dari apa yang selalu didengari. Penggunaan running chord dari progression chords yang biasa dimainkan menjadi asas utama dalam komposisi namun diolah dengan baek untuk mendapatkan feel yang bersesuaian dengan konsep kehidupan penghujung zaman Martyrion.

What We Leave Behind (Official Video)

Pada gua, antara track pilihan dari Our Dystopia adalah Genozenith, From Reality Into Fear, The Uncertain Future Dies Every Day dan The Storm.

Martyrion
Email
Official Website
Facebook
Twitter
Youtube 

Boersma Records
Email
Official Website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected