Malapetaka – Lawless Perdition (2016)
Malapetaka pada gua satu band yang terus terusan menghala ke hadapan. Walaupun masih baru mereka berani mengharungi luar negara untuk persembahan pentas seperti di India, Bangladesh dan terbaru Vietnam. Ditubuhkan sekitar 2009 dengan membawa konsep Thrash/Death Metal, mereka telah menghasilkan sebuah demo pada 2013, sebuah EP bertajuk Anthem of Annihilation pada 2015 (kami ada melakukan review untuk EP ini – KLIK untuk baca) dan terbaru menghasilkan sebuah album penuh bertajuk Lawless Perdition yang mula dipasarkan pada 8 April 2016. Lebih menarik album ini dihasilkan secara DIY oleh band sendiri.
Dinyatakan rakaman album ini dilakukan secara DIY (kemungkinan home studio untuk semua track kecuali drum yang mana bunyi nya macam rekod guna real drum). Hanya proses mix dan mastering dilakukan oleh rakan dari Russia.
Dark Revelation adalah intro menggunakan sample percakapan dan apabila Higher Heaven dimainkan dan diteliti dua perkara yang dapat gua simpulkan adalah pertama konsep yang masih sama seperti EP terdahulu dan banyak sekali peningkatan dari segi penciptaan dan komposisi lagu. Mungkin penambahan line up di posisi gitar iaitu Raja menambah kemajuan untuk Malapetaka dalam penciptaan riffing oleh Ashok disamping solo2 berlawanan antara mereka berdua.
Incomprehensible Thoughts, Angkatan Mayat, Tale I : Creation, Tale II : Apocalypse dan Tale III : Ribirth adalah track pilihan gua.
Sepanjang mendengar album ini, gua tidak skip untuk sebarang track. Timbul rasa seakan menanti apa seterusnya yang bakal dilakukan untuk track seterusnya. Adakah semakin menggila atau ada sebarang kejutan? Pada gua setiap track seakan media menyampaikan api kemarahan Malapetaka. Tiap2 track penuh luapan muntah kemarahan. Agresif, permainan pantas dan penuh groove yang membuatkan gua rasa tak senang duduk.
Bercakap soal teknikal, gua rasa Lawless Perdition adalah satu produk terbaek dari band genre gelap tempatan setakat ini. Proses mix dan mastering yang bagus sekali dilakukan oleh sahabat mereka dari Russia. Sound yang “besar” dan keseimbangan yang solid sekali untuk genre sebegini. Juga perlu gua katakan setiap line up memainkan peranan penting dan teamwork yang kuat jelas boleh dinilai melalui setiap track yang terkandung didalam album ini. Boon dengan vocal garau, melodi vocal yang mudah sebenarnya namun kena dengan setiap bait lirik yang disebut. Kekuatan dari riffing dan solo Ashok (Garuda) dan Raja patut diberi tabik spring! Solo yang bersilang-silang antara satu sama lain. Bass yang lemak dari Alias menjadi latar untuk setiap riffing dan Naji memberi feel Thrash Metal asli dalam permainan drumnya. Pakej lengkap dari setiap line up!
Malapetaka – Lawless Perdition (2016) boleh diperolehi dengan harga RM25 by hand atau RM30 by postage. Sila hubungi email atau facebook Malapetaka untuk pembelian anda. Support kerana mereka memang bersungguh-sungguh untuk penghasilan album ini. Ini sebuah album yang bagus penulisan lagu, percambahan idea dan seakan melepaskan amarah yang tidak dapat ditahan-tahan lagi.. Dapatkan album ini dalam kadar segera!!! RECOMMENDED!!!! m/