Ah, lihat! Satu lagi band Death/Thrash dari Kuala Lumpur, memanggil diri mereka Malapetaka. Gua dah lama tunggu jugak diorang punya release. Akhirnya sampai jugak dikirim oleh gitaris mereka, Ashok. Malapetaka merupakan 4 piece band yang terdiri daripada pelbagai bangsa, dan memainkan Death/Thrash Metal dengan lenggok Nusantara. Ha bab Nusantara tu gua kupas kat review bawah ni. Memandangkan gua tak berapa terer pasal Metal ni, gua rasa comparison paling dekat adalah Cromok dan Slayer, tapi tu mungkin telinga gua la.

Boon -Vokal
Ashok – Gitar
Alias – Bass
Naji – Dram

Release pertama daripada Malapetaka adalah 2013 Demo, dengan 5 buah trek.

– Purity in Calamity
– Malapetaka
– Man Made Prophecy
 -Death Desentisized
– Kejahilan Minda


Pertama sekali, design cover artwork memang bad ass. Nampak macam lotsa thoughts and efforts put into it. Nak kasi feel Nusantara lebih, ada pulak keris tercacak dekat tengkorak, kira menang dah ni.

Purity in Calamity – Trek pembuka untuk demo ini. Tiada vokal, rasanya lebih kepada sebuah intro lah. Gitar berbunyi garang dan Thrash habis, menenggelamkan bunyi bass. Gua sebenarnya cuba mencari-cari bunyi bass tapi tak kedengaran. Satu lagi kerana bunyi dram yang terlalu ke depan. Department dram ni gua nak complaint sikitlah, macam ada tak kena dengan stroke drummernya. Atau tempo lari mungkin?

Malapetaka – Trek kedua ni memang takde nak buang masa. Boon adalah vokalis yang mempunyai diction yang jelas! Seriously, walaupun dengan vokal menderam dan bunyi dram yang distracting, gua boleh dengar sebutan beliau dengan jelas. Oh lagi satu, trek ini dinyanyikan dalam dwi-bahasa; bahasa Melayu di korus, Inggeris di verse. Not bad. Solo gitar oleh Ashok menggambarkan lenggok Nusantara, jadi gua rasa di sinilah yang membuatkan Malapetaka sedikit unik. Bass masih terkubur bunyinya, dan dram, snarenya mempunyai gema yang aneh.


Nota: Video ni bukanlah menggambarkan finalized product. Untuk mengetahui, dapatkan le demo mereka.


Man Made Prophecy – Thrash gila trek ketiga ni. Gitaris masih memperdengarkan solo gitar berbau Jawa (atau Sunda mungkin?). Palm muted riff mendominasi trek ini, jadi bersedia nak headbang kalau mereka mainkan lagu ini live. Hero trek ini, solo gitar.

Death Desentisized – Teringat Slayer la pulak. Gua hampir nak menjadikan trek ini sebagai favorite tetapi betul-betul turned off dengan blastbeat yang terlalu bingit. Don’t get me wrong, bila snarenya dihentam bertalu-talu, semuanya jadi buried, gua jadi lost kejap. Vokal Boon dalam trek ni betul-betul takde hold back dah. Salute kepada short solo di awal lagu yang masih bergelumang dengan nafas Nusantara. Terbayang lagu Asmaradana kejap, if you catch my drift 🙂

Kejahilan Minda – Gua sedikit upset dengan trek ni. Ashok cuba menampilkan permainan ala Jawa tapi solo sedikit merayau la bro 🙁 . Barangkali trek terpantas dalam demo ini. 

Ya, Malapetaka memang membawakan Death/Thrash ala Nusantara. Mereka ada identiti. Adakah demo ini berjaya? Well, gua boleh kata it could’ve been better. Ideawise, Malapetaka cuba untuk menjauhkan diri mereka daripada band Death Metal tempatan lain (tak kira la style apa) dan dikira sedikit sukses, tapi dari segi execution, gua ternampak beberapa kelemahan la. Pertama, sound level untuk setiap instruments tidak seimbang. Bass misalnya, tidak kedengaran. Boleh jadi bass mengikut sebiji-sebiji permainan gitar (ingat Newsted dalam …AJFA?Ya camtu la) atau level soundnya direndahkan, I don’t know. Bunyi snare pula menganggu fokus. Terkedepan dan terlalu bergema. Bila dalam kelajuan yang rapid, blastbeat misalnya, jadi annoying dan gua prone to skip the track. Dan mungkin, ya mungkin ya, drummer perlu memperbaiki stroke beliau. Vokal dan gitar gua takde nak komen sangat sebab Boon; sebutan yang jelas walau suara menderam dan Ashok; gemar memasukkan elemen Nusantara dalam permainan gitar dah cukup bagus in my book.

Walaupun ada beberapa kelemahan, ini baru release pertama dan bertaraf demo. Jadi kita boleh mengharapkan release akan datang daripada Malapetaka untuk lebih kencang dan tersusun. Gua berharap elemen Nusantara tu masih ada lagi by that time.

Untuk mendapatkan demo ni atau pertanyaan lanjut, lawati Facebook Malapetaka. And tell them Dissecting the Euphony sent you!


Kredit:
– Ashok Kumar kerana mengepos promo material ni kepada DtE
– Foto di atas di ambil daripada FB Malapetaka 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected