Makhlok Perosak – Demon System Wants To Eat You (EP 2004)

1

Zaman band2 sebegini muncul hanya mereka yang benar2 underground, terlibat dalam jual beli/trade zine dan pengunjong2 tegar gig akan tau akan kewujudan mereka. Grindcore berteraskan punk dan hardcore menampakkan kemajuan terutama di selatan tanahair iaitu di negeri Johor. Tambahan pula beberapa label indipendent muncul dengan aktif di kawasan ini. Makhlok Perosak sebuah band yang pada gua membawa muzik berteraskan genre hardcore dan di gaul sedikit rencah thrash/fastcore akan band yang sepatutnya di kenali semua penggemar music sebegini. EP berjudul Demon System Wants To Eat You telah menemui pendengar sekitar 2004 setelah mereka menggegarkan pentas2 gig bawahtanah serta muncul dalam 2 buah compilation album bersama band2 ternama dunia.

Layout dan cover sleeve oleh Jimbo
Tracklist :
1 – Hardcore Telah Mati
2 – Revolusion
3 – Pontianak
4 – Sistem Busuk
5 – Mesin Aturan
6 – Anak Setan
7 – Badut Bodoh
8 – Mbah Mu!
 Line up Makhlok Perosak didalam Demon System Wants To Eat You adalah oleh Erin, Kerk Mccoy, Ayeh, Aizatul dan Wak.

Demon System Wants To Eat You telah melalui proses rakaman secara live di Hell Thrasher Studio, UTC sekitar lewat Januari 2004. Tidak dinyatakan siapa sound engineer yang bertanggungjawap dalam proses rakaman, adunan dan mastering. kesemua lagu di hasilkan oleh Makhlok Perosak kecuali Anak Setan oleh Hakikat iaitu mungkin sebuah tribute kepada sebuah band hardcore lama dari Johor bahru yang telah berkubur sekitar 2002. beberapa label telah bersatu dalam penghasilan EP ini iaitu You(th)rust Records, Awaksaya Records, Broken Noise, End Up Records, 321 Go!, 265 Records. Yang menariknya kesemua label ini berpengkalan di negeri Johor.

Ok, gua tak mau review setiap lagu kerana gua memang ada masalah sikit nk hafal lagu2 yg durasi pendek2 nih..kahkakah. Apa yang boleh gua simpulkan music Makhlok Perosak masih besar pengaruh hardcore nya, punya sedikit elemen thrash/fastcore, mood dan lirik yang rebel menjurus ke arah punk. Setiap track kedengaran menggunakan beberapa vocal (beberapa nama di sebut terlibat dalam part suara latar). Penggunaan lirik dalam bahasa Melayu kecuali track Revolusion tidak kedengaran sedikit pelik pun, mungkin cara nyanyian (sebenarnya lebih kepada jeritan) membuatkan tidak kedengaran pelik pembawaan bahasa ibunda. Errr tapi bila gua layan lama2 kadang2 ada macam sikit2 bunyi band Indonesia. Kalau ada mat punk hardcore yg baru 1st time dengar mungkin akan menjangkakan ini band dari seberang. Haha..

Sound produksi EP ini boleh dikira ok kerana kesemua instrument masih kedengaran tetapi untuk mencapai tahap profesional album adalah masih jauh untuk dicapai. Seperkara lagi produk2 sebegini (juga pada ketika tersebut) kebanyakkannya agak raw. Mungkin mereka2 yang aktif melanggan stuff2 dari Broken Noise memahami apa yang gua katakan berkenaan sound Makhlok Perosak ini.

Dengan durasi yang tidak sampai 2 minit bagi setiap track menampakkan betapa untuk ketika (zaman) ini pengaruh grindcore dengan fast song berdurasi pendek banyak mempengaruhi music band2 yang dilahirkan ketika itu. Seakan satu persaingan (sihat) dikalangan band2 underground di selatan tanahair ketika itu dengan penangan buas Parkinson, Argon, Tekken, Damokis dan tidak terlepas juga Makhlok Perosak yang menambah seri kehangatan band2 kelahiran Johor ketika itu.

Ok, gua tak pasti band ni akan muncul semula ke tak.. gua ada beli beberapa kaset/CD dari salah sorang line up band ni melalui label nya dan gua juga difahamkan EP ni sebenarnya dah lama abis.. So jangan mimpi nak dapat balik kecuali ada yg bermurah hati nak tolak (macam kes gua semula tape ni..hahaha)

Ok, mungkin anda nak kenal atau nak dengar lagu2 dari mereka. Kami sediakan dibawah video ini link myspace dan Lastfm mereka. Ok, jumpa lagi..

Makhlok Perosak – Hardcore Sudah Mati

1 thought on “Makhlok Perosak – Demon System Wants To Eat You (EP 2004)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected