Magnicide – Rise to the Annihilation (2009)

2

Setelah dibelasah gegendang telinga dengan bedilan grindcore Wormrot dan Noxa pada 1 May lepas ditemasya KL Metalcamp 2016, gua balik rumah dan rasa kurang lazat pulak telinga ni kalau xjamah grindcore hahaha.. Gua belek2 tape simpanan gua dan Magnicide adalah antara band grindcore yg muncul sedikit awal dari Wormrot selain otai Demisor untuk jajahan Republik Singapore. Rise to the Annihilation adalah sebuah keluaran wajib bagi penggemar grindcore. Dikeluarkan dalam format CD oleh HG Fact, label dari Japan dan Strain Eyes dari Malaysia memasarkan dalam format kaset. Kedua2 versi mengandungi sebuah hidden track berlainan tajuk untuk setiap versi.

Artwork oleh Dangie Regala
Colour editing oleh Ironworx Gravefix

Iem (Guitars/Bass), Memeng (Vocals), Jali (Drums)

Tracklist :
1 – Arcane Involve Evolvement
2 – Crack in the Monolith
3 – New Blood Generate
4 – Delirium Exaltation
5 – Above Desolution
6 – A Step Futher in Phase
7 – What Lies Ahead
8 – Ruined at Totally
9 – Exit Trajectories
10 – Not Dead Enough
11 – On Hell’s Ground
12 – Sordid Disputatious Eviction
13 – Infraction Prowess
14 – Severe Mind Erased
****************
* 15 – The Spiral Goes Down – Nasum Cover (bonus track – tape version)
15 – Dictation Nightmare (bonus track – CD version)

Rise to the Annihilation telah melalui proses rakaman di TNT Studio, Singapore sekitar March sehingga April 2009. Tidak dinyatakan pula siapa yg terlibat secara teknikal dalam rakaman ini.

44 minit hidangan grindcore tanpa belas sememangnya bakal meletihkan gegendang telinga. Pada gua Rise to the Annihilation adalah sebuah album yang bagus dari setiap sudut. Rencah grindcore tanpa belas kasihan, ngauman vocal semaksima mungkin, riffing campuran punk+crusty+metal yang kejam dan laju juga permainan drum yang gilababi. Ok, sebelum panjang lebar berceloteh, Memeng (vocal) dan Jali (drums) adalah line up Demisor. Tidak hairan betapa menggilanya Magnicide punya penangan grindcore. Iem pula dari band Hasrat.


Setakat ini Magnicide agak kerap menghasilkan split 7 inch bersama band2 serata pelusuk dunia. Mereka juga turut memeriahkan pentas2 gig luar negara seperti Philiphine, Japan, Thailand, Indonesia juga Malaysia. Apa lagi nak kata, gua harap Magnicide bakal menghasilkan album seterusnya selepas ini. Penggemar2 grindcore sila jangan terlepas untuk ambil tahu pasal Magnicide. Ini band bukan main2, Magnicide memang kental punya grindcore!

Gua rasa untuk dapatkan copy anda mungkin boleh cek ebay untuk pembelian format CD dan format kaset boleh hubungi Strain Eyes Productions.

Magnicide
Myspace

Strain Eyes Productions
Blogspot
Facebook 

2 thoughts on “Magnicide – Rise to the Annihilation (2009)

  1. hahaha… 44 minit memang gila.. sedap dengar drum nya.. drummer yg sama main dgn demisor.. dia punya stroke lain tapi bunyi tu mmg kalau dengar teliti boleh rasa sama mcm demisor.. sama mcm Kia masa main dgn ToTT dgn masa main dgn mass Separation.. dia punya grind tu dah ada trademark..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected