Leather Charms – Rock The Nite (EP2018)

2

Leather Charms adalah sebuah band yang berteraskan irama Rock yang jika diteliti ia merangkumi dari Hard Rock, Rock N Roll sehingga ke Heavy Metal. Band yang ditubuhkan sekitar 1999 ini dilihat kerapkali bertukar line up sepanjang perjalanan music mereka. Sehingga line up terkini, Sam adalah satu2 nya line up asal yang masih kekal menerajui halatuju band. Ok, gua sebenarnya pernah menyaksikan persembahan Leather Charms sekitar 2001 ketika zaman Actor Studio menjadi port gig di Pulau Pinang. Berbalik kepada Rock The Nite (EP2018) ianya mengandungi 4 buah track yang rasanya cukup menarik dan boleh rasa dinobatkan Leather Charms ni band paling “Rock” di Penang ini untuk kategori bawah tanah. Setuju? Sila dapatkan CD ini dan nilai sendiri.

Tuah (Guitars), Zam (Vocals), Rodi (drums), Sharma (Bass), Sam (Guitars)
* sesi rakaman menggunakan sessionist untuk track 2nd  guitar dan drums
Tracklist :
1 – Fly Wheel
2 – Wild Girl
3 – Rock The Nite
4 – Illusi Mentari

Rock The Nite (2018) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Dusthome Studio, Seberang Jaya Pulau Pinang oleh Blackbeard Purge.

4 buah track yang kental tahap Rock nya dimana 3 track awal jelas punya hook dan groove Hard Rock yang jitu. Fly Wheel track pertama adakala terasa seperti mendengar Deep Purple. hahaha.. Ya gua rasa band2 seperti Deep Purple sehingga Black Sabbath adalah “makanan harian” mereka. Bukan setakat dua band yang disebut, mereka turut pernah membawakan lagu2 dari Alice in Chain, Loudness hingga Motorhead. Rock adalah teras! Wild Girl menambah gerek dari awal, mampu membuatkan anda menari jika ianya dibawakan secara live. Riffing, groove dan penyampaian vocal benar2 menarik untuk track ini. Self-title EP iaitu Rock The Nite merupakan track terpanjang dengan durasi melebihi 6 minit. Ini track yang agak mendatar dari segi music namun punya root Rock yang cukup kuat. Ianya ditambahbaik dengan gaya lenggok vocal oleh Zam yang jelas berjaya membawa dalam key suara yang tepat. Track terakhir seakan percubaan dengan membawa lagu berlirik Bahasa Melayu. Illusi Mentari pada gua sebenarnya mampu dan boleh sahaja dimainkan di radio jika tiada sebarang birokrasi. Ianya boleh dijadikan antara pemangkin untuk Leather Charms lebih dikenali.

Secara keseluruhan, gua beranggapan Rock The Nite (EP2018) adalah produk yang harus dimiliki oleh penggemar irama Rock tidak kira Hard Rock atau separa Heavy Metal. Sam selaku line up asal yang masih kekal bersama Leather Charms harus diberi kredit yang tinggi kerana mempertahankan konsep music band ini yang teras utama nya ROCK! Seperti beberapa review yang ada gua baca sebelum ini, agak banyak yang memberi pujian kepada penyampaian vocal Leather Charms. Ya, gua sebenarnya memang mengenali Zam yang merupakan vocalist band grunge Vigil. Untuk part vocal beliau, memang gua boleh kata bakat dan anugerah tuhan berikan kepada beliau adalah sangat berharga. Antara vocalist band2 aliran bawah tanah yang harus diberi perhatian. Selain itu, mungkin agak tak berapa best kalau gua katakan alangkah bagus jika beberapa solo gitar didalam track2 terkandung ini dimainkan sendiri oleh line up Leather Charms. Ini kerana beberapa rakan menyumbangkan solo untuk track2 didalam EP ini. Ya! Tuah boleh jadi sudah jadi fulltime line up Leather Charms kerana baru2 ini beliau dilihat bersaingan bersama Sam dipentas gig.

Rock The Nite (EP2018) boleh dibeli dengan harga RM12 by hand. Sila berhubung dengan secara terus dengan band dan line up untuk urusan pembelian. Ini sebuah produk yang benar-benar Rock dari kalangan pemuzik bawah tanah untuk 2018. Jangan terlepassss!

Leather Charms
Facebook

2 thoughts on “Leather Charms – Rock The Nite (EP2018)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected