Berdosa – Smell Like Tree Spirit (EP2018)

0

Boleh kira gua antara follower awal band ini walaupun hanya di alam maya iaitu melalui laman facebook mereka sebelum menuju ke laman bandcamp dan juga melalui visual music video “Philosopher” yang released 2 hari sebelum EP ini secara rasmi nya dikeluarkan. Berdosa agak melawan arus kerana ia berada dalam teras “Rock” yang keras dan diselubungi pelbagai pengaruh kuat Stoner, Sludge, Psychedelic, Alternative dan Heavy Metal. Seperkara yang gua perhatikan Berdosa lebih awal mempromosikan band mereka melalui sesi2 gig kecil dan bakat mereka membawa kepada menjadi opening kepada beberapa band luar yang tour di sini. Band yang bermastautin di Kuala Lumpur ini tidak menunggu lama untuk menuju ke studio rakaman untuk menghasilkan material rasmi bertajuk Smell Like Tree Spirit (EP2018).

Ezekiel Mavani (Bass), Ravi Shankar (Drums), Iskandar on Vocals & Guitar

Tracklist :

1 – Thundergun
2 – Digimon Democracy
3 – Philosophers

Smell Like Tree Spirit (EP2018) melalui proses rakaman di Village Roof dan Greenhouse Studios. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Tom Bollocks.

Bagi gua mungkin tidak berapa terkejut dengan music bawaan Berdosa kerana telah mendengar preview awal music mereka dilaman facebook dan youtube (persembahan live mereka). Namun perlu diberi highlight Berdosa adalah band yang agak cuba lari dari trend2 music masakini. Mereka agak “selamat” dalam menggabungkan elemen2 Stoner, Psychedelic, Heavy, Alternative dalam music mereka kerana ianya berjaya dan menghasilkan konsep mereka tersendiri. Gua andaikan music Berdosa adalah agak berat dan sarat dengan tone gitar yang diblend bersama bass dengan cukup enak sekali. Ia nya seakan campuran music modern dan classic heavy rock. Mereka turut berani menambah elemen bunyian lain seperti menambah sound cello didalam lagu mereka.

Dari segi sound produksi, gua rasa Tom The Bollocks patut diberi kredit dalam menghasilkan sound akhir yang dikira berjaya. Ianya tidak terlalu bersih dan tidak terlalu raw. Ianya sesuai dengan konsep yang memerlukan sound gitar yang agak buzzy dan bercelaru sebegini. Penggemar Deftones, Mastodon, Black Sabbath, Windhand, Chevelle, Weedeater boleh mencuba music Berdosa.

Smell Like Tree Spirit (EP2018) hanya dikeluarkan dalam format kaset dan mungkin dikala anda membaca review ini, ianya sudah boleh dimiliki dalam format digital dan online. Kenali Berdosa melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah.

Email
Facebook
Instagram
Youtube
Bandcamp
Soundcloud
Spotify

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected