Lavatory – Transgression (EP 2012)

0

Lavatory… sebuah band baru yang berpengkalan di Kuala Lumpur ini memperjuangkan irama Old School Death Metal. Antara nama2 baru yang agak berani membawa genre yang agak ketinggalan (kepada yang masih kuat pegangan old skool nya sebenarnya produk sebegini yang dinantikan) jika di bandingkan dengan kekerapan nama2 baru yang membawa genre terkini seperti Metalcore, Deathcore juga Djent. EP bertajuk Transgression ini dihasilkan dalam format tape (limited 150 copies sahaja) di bawah kerjasama Morbid Invasion Records, Vigil Studio dan Vomit Blood. untuk format CD akan di keluarkan oleh sebuah label dari USA iaitu Slaughterhouse Records.

Line up rakaman EP Transgression
Pelesit (Drum), Muntah Darah (Vocal), Wolf Militia (Bass – Session), Jahanam (Guitar)

 Line up terkini :
Muntah Darah – Vocals, Djinn – Guitars, Jahanam – Guitars, Musibath – Bass, Pelesit – Drums

Cover artwork (tape) oleh Vigil Studio
Di edit oleh Arpis Anas of Eighty Studio
Tracklist
1 – Transgression
2 – Side Of Sins
3 – Breathing For Possession
4 – Rise The Dead
5 – Blinded By Darkness

Transgression telah melalui proses rakaman di  Iseek Music Studio. Proses rakaman dan adunan di selenggara oleh Mokhtar bersama Lavatory sendiri. Kesemua lagu dihasilkan oleh Pelesit dan Jahanam manakala Muntah Darah bertindak sepenuhnya sebagai penulis lirik. Demo tape berjudul Transgression ini  dikeluarkan oleh 3 label iaitu Morbid Invasion Records, Vigil Studio dan  Vomit.

Transgression merupakan intro dimana ia nya adalah sekadar bunyian yang sedikit pelik dan dinyatakan didalam inlay ianya dihasilkan oleh Mokhtar.

Side Of Sins menjadi track pertama yang menampilkan music sebenar Lavatory. Ya.. Kedengaran penangan Death Metal yang agak old skool. Mungkin pengaruh music mereka boleh diperolehi jika anda bermula dengan mendengar Death Metal ketika 90an. Riffing gitar dan groove drum agak meleret dan kurang teknikalnya. Format 4 X 4 dalam penyusunan lagu menambah lagi perisa inilah yang dilakukan oleh band2 Death Metal lama dahulu. Vocal? Gua teringat Tardy dari Obituary. Solo gitar boleh tahan juga. Kena dengan mood lagu.

Breathing For Possession menyusul bermula agak sedikit doom. Meleret dan perlahan. Solo gitar juga sesuai sekali dengan mood yang lentok dan berat sebegini. Mood tiba2 menggila pada durasi 1:51. Drum attack yang padu, riffing yang berpusing2. Susunan lagu ini berakhir dengan mood yang lembap seperti permulaan track tadi. Track panjang yang berdurasi 5 minit lebih. Ok, solo gitar juga berjela2 sehingga ke akhir lagu.

Rise The Dead merupakan sebuah track yang agak kental. Berdurasi 3 minit lebih. Seakan punya lebih tenaga dengan mengekalkan mood laju dari mula hingga pre-chorus yang sedikit mendatar. Ada sedikit bau2 Obituary dan sedikit Bolt Thrower (bahagian perlahan). Solo gitar kali ini lebih berani dan sedap juga didengar.Haha..

Blinded By Darkness merupakan promo awal yang diperkenalkan melalui laman youtube sebelum kaset rasmi di keluarkan. masih seperti track2 sebelum tetapi kedengaran drum lebih aggresif. Susunan lagu juga menarik untuk track terakhir ini. Ada flow dan untuk part perlahan solo gitar tampil bergaya sekali dan kena dengan mood lagu. Errr solo sebegini mengingatkan gua pada solo2 band berhaluan sludge metal dan sedikit berbau Dimebag Darrell walaupun ianya tidak menjerit seperti apa dilakukan mendiang.

Sound produksi EP ini boleh dikatakan agak baek walaupun belum mencapai tahap sebenar kualiti sebuah album profesional. Mungkin ini hanya sekadar pengenalan bagaimana music garapan Lavatory untuk santapan gegendang2 telinga anda. Ada kemungkinan juga memang band ini sendiri mahukan sound sebegini untuk mendapat kembali feel sound yang telah dihasilkan band2 death Metal lama dahulu. Sound gitar, bass, drum dan vocal kedengaran seimbang walaupun jika diteliti ada sedikit “dropout” pada bahagian2 tertentu (yang gua dapat detect sound gitar) namun ianya tidak perlu dipersoalkan kerana untuk mendapatkan feel music sebegini, sound yang bright dan clean mungkin tidak berapa diperlukan. Haha..

Secara keseluruhannya apa yang boleh gua katakan Lavatory merupakan antara kemunculan baru band2 bergenre Old Skool Death Metal. Memeriahkan lagi scene dan antara pengubat rindu pencinta irama sebegini (kebanyakkannya mungkin sudah berusia 30an..haha) selain band2 sedia ada seperti Humiliation, Recidivist, Kathgor dan Killer Corpse.

Lavatory –  Side of Sins (Live in Bangkok)

Transgression boleh didapati (sebenarnya hanya dalam kuantiti 150 copies) dalam format kaset dengan harga RM10 by hand. Terdapat juga beberapa label yang menjual kaset ini. Untuk format CD sebuah label dari USA iaitu Slaughterhouse Records memasarkan pada Ogos 2012 dengan harga RM20 by hand dalam format CD dan Deadbeat Shop menjadi pengedar rasmi di Malaysia.

Ok tunggu apa lagi???? Cekidaut link2 yang kami sediakan untuk mengenali music Old Skool Death Metal dari band bernama Lavatory di bawah ini. Hail!!!

Facebook
Reverbnation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected